Maklumat Mengenai Ujian Sistem Amaran Bencana Pada 19 November Adalah Palsu – MCMC

by Oh! Semput


7
SHARES
85
VIEWS
Posted on 18 Nov 2026 17:30:11

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) tampil menjelaskan maklumat yang tular di media sosial dan aplikasi WhatsApp berhubung dakwaan ujian Sistem Amaran Awal Nasional pada 19 November 2026.

Menerusi kenyataan di platform X, MCMC menegaskan dakwaan bahawa ujian berkenaan akan dilaksanakan di Selangor, Kuala Lumpur, Kelantan dan Pahang adalah tidak benar.

Sebaliknya, aktiviti yang dijadualkan pada 19 November merupakan ujian teknikal dalaman bagi menilai kesiapsiagaan dan keberkesanan sistem sebelum pelaksanaan yang lebih meluas. Ujian tersebut bukannya ujian amaran kepada orang awam di negeri-negeri seperti yang didakwa.

MAKLUMAT PALSU BERHUBUNG UJIAN SISTEM AMARAN AWAL NASIONAL pic.twitter.com/myaLcZd8Lu

— MCMC (@MCMC_RASMI) November 18, 2026

Sehubungan itu, MCMC menasihatkan orang ramai supaya tidak menyebarkan maklumat yang belum disahkan bagi mengelakkan kekeliruan. Orang ramai juga boleh merujuk saluran rasmi MCMC untuk mendapatkan perkembangan dan pengumuman terkini.

{suggest}

Maklumat Mengenai Ujian Sistem Amaran Bencana Pada 19 November Adalah Palsu – MCMC WISER.MY.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts