Malaysia Bersiap Sedia Untuk Menangani Isu Kemalangan Disebabkan Objek Jatuh Dari Angkasa Lepas

by Oh! Semput


3
SHARES
45
VIEWS
Posted on 08 Oct 2026 14:00:49

Malaysia kini dilaporkan sedang bersiap-sedia untuk menangani satu bencana yang agak unik: Objek yang jatuh dari angkasa lepas.

Datuk Chang Lih Kang, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, menjawab soalan yang ditanya oleh Tan Kar Hing (PH, Pagoh) berkenaan kesiapsiagaan kerajaan untuk menangani isu kemalangan berkaitan angkasa mengatakan bahawa usaha tersebut meliputi pelaksanaan Latihan Amal Kemalangan Angkasa (ExLAKA) yang akan menguji kemampuan tindak balas negara dalam menangani sebarang insiden berkenaan isu tersebut.

Bumi Asteroid

Fasa ujian pertama ExLAKA telah dijalankan 26 dan 27 November 2025, manakala fasa kedua pula, yang merangkumi senario yang lebih rumit telah dijalankan pada 1 Oktober yang lalu. Dalam pada itu, latihan amal penuh akan dijadualkan pada awal tahun hadapan.

Hasil penilaian daripada kesemua ujian-ujian ini akan digunakan untuk mengemaskini dan menghasilkan Peraturan Tetap Operasi Bencana Angkasa 4.0. Dokumen tersebut, yang kini berada pada fasa Dokumen Siasatan versi 3.0 memperincikan proses kerja siasatan penemuan objek yang disyaki objek angkasa turut dikemaskini berdasarkan pengalaman sebenar Bahagian Penguasa Angkasa.

Dalam pada itu, beliau turut mengesahkan bahawa insiden kemalangan angkasa telah dimasukkan secara rasmi dibawah Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) pada 28 Januari 2026. Ini bermakna bahawa sekiranya terdapat mana-mana insiden kemalangan dan sebagainya yang berkait dengan objek yang jatuh dari angkasa lepas, sebarang bantuan kewangan sosial akan ditanggung oleh pihak NADMA, manakala sebarang kos operasi yang perlu dilakukan akan ditanggung oleh MOSTI dibawah Badan Penguasa Angkasa.

: Bernama

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts