Malaysia dilanda banjir lagi

by Oh! Semput


4
SHARES
53
VIEWS
Posted on 07 Feb 2023 23:00:49

Hujan lebat yang berterusan kebelakangan ini, telah menyebabkan beberapa negeri di Malaysia dilanda banjir. Setakat ini, lima negeri yang telah dilanda banjir ialah Kelantan, Terengganu, Johor, Kedah dan Pahang.

Jumlah keseluruhan mangsa banjir di lima negeri tersebut meningkat kepada 4,171 mangsa setakat jam 6 pagi hari ini.

Negeri Pahang mencatatkan jumlah mangsa tertinggi iaitu seramai 3,923 mangsa, manakala 163 mangsa dicatatkan di Johor.

Selain itu, negeri negeri yang turut mengalami masalah banjir seperti Kedah, Kelantan dan Terengganu, masing-masing mencatatkan 32 mangsa, 28 mangsa dan 25 mangsa.

Semoga semua urusan menyelamat mangsa banjir di negeri negeri tersebut dipermudahkan dan dapat dijalankan dengan berjaya.

Kredit gambar : Berita Harian

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Panduan Borong China
Popular Posts