“Malaysia Mahu Indonesia Hancur, Rencana Busuk” – Kaitkan Demo Dengan Seludup 18 Tan Dad*h, ‘Influencer’ Indo Cetus Perdebatan

by Oh! Semput


2
SHARES
31
VIEWS
Posted on 20 Aug 2026 10:01:08

Seorang content creator dan pempengaruh pelaburan dari Indonesia, Benny Batara atau lebih dikenali sebagai Bennix mencetuskan perhatian selepas menerbitkan kandungan yang mengaitkan Malaysia dengan isu penyeludupan dadah serta demonstrasi besar di republik berkenaan.

Menerusi sebuah video di YouTube, Bennix menggunakan tajuk “Ngeri!! Rencana Busuk Malaysia Dibalik Isu Demo Besar Agustus? 18.000 KG Narkoba Disiapkan!”.

Advertisement

Dalam penerangan video tersebut, Bennix mendakwa jumlah dadah yang dikaitkan dengan penghantaran dari Malaysia ke Indonesia dalam tempoh kira-kira setahun mencecah sehingga 18,000 kilogram atau 18 tan.

Dia kemudian mempersoalkan sama ada peningkatan penyeludupan dadah dari Malaysia sekadar melibatkan rangkaian jenayah antarabangsa atau terdapat faktor lain menjelang demonstrasi besar di Indonesia pada penghujung Ogos.

Kandungan tersebut mencetuskan rasa kurang senang dalam kalangan sesetengah pengguna media sosial Malaysia yang mempersoalkan pendekatan Bennix.

“Bahaya la kau ni. Your channel ni investment channel ke channel menghasut? Kau benci sangat dengan Malaysia kenapa?”

Bagaimanapun, semakan terhadap angka 18 tan yang disebut menunjukkan konteks yang berbeza.

Berdasarkan data Direktorat Jenderal Bea dan Cukai Indonesia, sebanyak 18.37 tan narkotika, psikotropika dan prekursor dirampas di seluruh Indonesia sepanjang 1 Januari hingga 29 Disember 2025 menerusi 1,813 tindakan penguatkuasaan.

Jumlah tersebut merupakan keseluruhan rampasan secara nasional dan bukannya 18.37 tan dadah yang semuanya dihantar dari Malaysia.

Dalam laporan sama, Malaysia hanya disenaraikan sebagai antara negara asal yang kerap dikenal pasti dalam kes penyeludupan, selain Thailand dan Sepanyol.

Namun begitu, memang terdapat beberapa kes membabitkan rangkaian penyeludupan dadah antara Malaysia dan Indonesia.

Pada April lalu, pihak berkuasa Indonesia membongkar satu rangkaian antarabangsa di Dumai dan merampas lebih 18 kilogram syabu serta 30,000 pil ekstasi yang didakwa mempunyai kaitan dengan rangkaian Malaysia-Indonesia.

Satu lagi operasi pada penghujung Julai lalu turut menemukan kira-kira 80 kilogram syabu serta 5,200 pil ekstasi yang dipercayai dibawa dari Malaysia ke Indonesia melalui laluan laut.

Pihak berkuasa Malaysia juga sebelum ini menjelaskan kedudukan negara yang strategik menyebabkan Malaysia sering digunakan sebagai laluan transit oleh sindiket dadah antarabangsa sebelum bahan terlarang itu dihantar ke negara lain termasuk Indonesia.

Bagaimanapun, setakat semakan, tiada bukti rasmi ditemukan yang menunjukkan kerajaan Malaysia atau mana-mana institusi rasmi negara terlibat dalam rancangan menghantar dadah ke Indonesia atau mempunyai kaitan dengan demonstrasi yang bakal berlangsung di negara berkenaan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Roberto carlos
2026-08-20 09:12:07

“Saya Sangat Hormati Islam, Tapi…” - Roberto Carlos Nafi Dakwaan Sudah Memeluk Islam

“Malaysia Mahu Indonesia Hancur, Rencana Busuk” – Kaitkan Demo Dengan Seludup 18 Tan Dad*h, ‘Influencer’ Indo Cetus Perdebatan first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts