M for Malaysia: Kisah Harapan & Perpaduan

by Oh! Semput


HOME Posted on 12 Sep 2019 02:00:14



Kamaruddin Razal
Hiburan
M for Malaysia: Kisah Harapan & Perpaduan
Dokumentari "M for Malaysia" bukanlah filem propaganda mengenai kejayaan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tetapi sebuah filem yang memaparkan penyatuan dan perdamaian rakyat negara ini dalam memilih masa depan mereka, lapor Astro Awani.

Bagi pengarah filem Ineza Roussille, filem berkenaan digarap daripada momen disebalik tabir yang melingkari perjalanan dalam mengubah landskap politik negara.

"Ketika kami memulakan proses penyuntingan kami sudah menetapkan untuk tidak membuat filem propaganda.

"Prinsip utama kami adalah kejujuran dalam menceritakan apa yang berlaku kerana kita semua ada konflik dengan politik pada waktu itu dan itulah yang membuatkan filem ini unik," kata Ineza.

Proses pengambaran filem M for Malaysia mengambil masa 16 hari dan merakamkan peristiwa yang melingkari Pilihanraya Umum ke-14 (PRU14) yang lalu.

Mengulas lanjut, Ineza berkata walaupun Tun Dr Mahathir merupakan watak utama yang menjadi nadi utama mengerakkan jalan cerita filem berkenaan tetapi ia bukan semata-mata mengenai beliau.

"Ia mempunyai gambaran yang lebih besar mengenai apa yang (buat) rakyat Malaysia bersatu ketika PRU14 dan lakukan perubahan ini.

"Ia bukan mengenai seorang lelaki tetapi apa yang boleh kita capai jika kita bersatu dan mengetepikan beban lampau dan ego kita," katanya lagi.

Klik di SINI untuk menyemak senarai pawagam yang menayangkan dokumentari ini.

Untuk lebih informasi, layari laman web rasmi 'M for Malaysia' di https://www.mformalaysia.com/.

: Astro Awani.
 

SUMBER ASAL


Leave a Comment:

Related News


loading...