Mangsa banjir di Kedah berkurangan

by Oh! Semput


3
SHARES
39
VIEWS
Posted on 08 Nov 2017 03:01:26

SUNGAI PETANI: Jumlah mangsa banjir di lima pusat pemindahan di tiga daerah di Kedah berkurangan kepada 342 mangsa daripada 87 keluarga pagi ini berbanding 373 mangsa daripada 94 keluarga malam tadi.

Pengarah Pertahanan Awam Negeri Lt Kol (PA) Mohd Zul Khairi Shamsuddin berkata satu pusat pemindahan di Dewan Kampung Bujang, Merbok yang menempatkan 29 mangsa daripada enam keluarga telah ditutup.

“Sehingga pukul 8 pagi ini, dua pusat pemindahan masih aktif di Kuala Muda iaitu di Dewan Kampung Sungai Pial, Merbok yang menempatkan enam mangsa daripada tiga keluarga dan Dewan Setia Budi, Pekula (55 mangsa, 13 keluarga).

“Bagi daerah Kulim pula, dua pusat pemindahan masih beroperasi iaitu di Surau Kampung Baru Jemerli, Merbau Pulas (31 mangsa, enam keluarga); dan Surau Teluk Binu, Sidam Kanan (42 mangsa, 11 keluarga),” katanya.

Menurutnya, di daerah Pendang, satu pusat pemindahan masih dibuka iaitu di Mukim Guar Kepayang yang menempatkan 208 mangsa daripada 54 keluarga.

— BERNAMA

’s

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts