Mangsa banjir di Kemaman berkurangan

by Oh! Semput


6
SHARES
81
VIEWS
Posted on 27 Dec 2016 14:00:22

Mangsa banjir dari Kampung Padang Kemunting menaiki perahu untuk berpindah ke pusat pemindahan banjir di Balai Raya Padang Kemunting, semalam. – Foto STR/Shamsudin Sudin Husin

KUALA TERENGGANU: Jumlah mangsa banjir di Kemaman berkurangan kepada 75 orang membabitkan 18 keluarga, yang ditempatkan di dua pusat pemindahan.

Sehingga jam 7 malam ini, sebuah pusat pemindahan iaitu Balai Raya Kampung Batu 9, Ibok, Kemaman, yang menempatkan 21 mangsa daripada enam keluarga telah ditutup dan mangsa dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.

Jurucakap bilik gerakan bencana negeri ketika dihubungi berkata, ketika ini, seramai 59 mangsa daripada 15 keluarga masih berada di pusat pemindahan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Badrul Alam Shah.

“Di pusat pemindahan Balai Raya Padang Kemunting pula masih menempatkan seramai 16 mangsa daripada tiga keluarga,” katanya.

Jurucakap berkenaan berkata, cuaca baik menyebabkan banjir di kawasan penempatan penduduk yang terjejas semakin surut dan baki mangsa dijangka boleh pulang ke rumah masing-masing esok.

Category: Semasa


SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts