Mangsa banjir di Mersing, Segamat terus bertambah pagi ini

by Oh! Semput


2
SHARES
21
VIEWS
Posted on 13 Jan 2018 03:01:30

JUMLAH mangsa banjir di Segamat dan Mersing terus meningkat kepada 527 orang pagi ini berbanding 160 malam tadi dengan pembukaan dua lagi pusat pemindahan sementara (PPS) di Mersing.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan dan Penerangan negeri, Ayub Rahmat berkata setakat 7 pagi tadi, seramai 430 mangsa daripada 106 keluarga di Mersing berada lima PPS manakala 97 mangsa daripada 20 keluarga pula ditempatkan di empat PPS di Segamat.

Beliau berkata PPS Sekolah Agama Mersing Kanan dibuka pada 12 malam tadi dan menempatkan 123 mangsa dan PPS Sekolah Kebangsaan Labong pula dibuka 2 pagi tadi dengan menempatkan 109 mangsa.

"Kawasan terjejas di Mersing juga bertambah apabila sebelum ini hanya Kampung Tenglu Besar dan Kampung Air Papan, namun kini turut berlaku di Kampung Baru Jemari, Kampung Sungai Muka Dua, dan Kampung Orang Asli Labong," katanya dalam kenyataan di Johor Baru, hari ini.

Di Segamat pula, kawasan terjejas adalah Kampung Seberang Batu Badak, Kampung Pogoh Tengah dan Kampung Tekam.

Beliau berkata Jalan Telok Arong di Mersing ditutup sepenuhnya akibat runtuhan cerun dan pemantauan sedang dilakukan oleh agensi berkaitan.

Orang ramai yang ingin ke Mersing-Endau boleh menggunakan laluan alternatif iaitu Jalan Tanjung Resang-Jalan Mersing atau Endau-Jalan Air Papan, katanya. – Bernama, 13 Januari, 2018.

's

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts