Mangsa Diserang Buaya Ditemui Terlentang

by Oh! Semput


15
SHARES
193
VIEWS
Posted on 21 Dec 2016 01:00:29

LAHAD DATU – Lelaki yang hilang ketika memancing di Sungai Kampung Sabah Baru Peringkat Satu pada Ahad lepas, dijumpai mati dengan kesan dipercayai gigitan buaya di bahagian perut dan tangan, tengah hari kelmarin.

Mayat Ainajil Sambutuk 30-an ditemukan oleh orang awam dalam keadaan terlentang di kawasan bakau yang terletak kira-kira 50 meter dari kawasan PPRT pada jam 12.04 tengahari, sebelum memaklumkan kepada pihak bomba yang meneruskan operasi mencari dan menyelamat bermula pada jam 9.20 pagi.

“Ketika ditemui pasukan pencari dan penyelamat, terdapat kesan gigitan buaya terutamanya di bahagian perut yang hancur dan anggota tangan kanannya hilang,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Beliau berkata, operasi mencari disambung pagi tadi dengan bantuan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan penduduk kampung setelah ditangguh petang semalam.

Semalam, satu operasi mencari dan menyelamat dijalankan oleh bomba selepas menerima laporan berkaitan seorang lelaki hilang dikhuatiri dibaham buaya ketika memancing di sungai itu.



LIKE Kami Sekarang
Untuk Terus Mengikuti Berita Pantas

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts