by Oh! Semput
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan mengambil tindakan terhadap seorang lelaki yang memandu kereta bersama seorang wanita dalam keadaan berbahaya sehingga video mereka tular di media sosial.
Pengarah Kanan Penguat Kuasa JPJ, Datuk Muhammad Kifli Ma Hassan berkata, pihaknya kini sedang menjalankan siasatan lanjut berhubung insiden tersebut.

“Tindakan akan diambil terhadap pemandu dan penumpang kereta terbabit. Siasatan masih berjalan dan selepas selesai kita akan mengeluarkan saman kepada mereka,” katanya ketika dihubungi Harian Metro hari ini.
Terdahulu, tular di Threads rakaman memaparkan pasangan tersebut berada di dalam kereta dengan wanita terbabit dilihat tidak memakai tali pinggang keledar sambil melakukan aksi manja.
Lebih mencetuskan kecaman netizen apabila wanita itu turut dilihat duduk bersandar di atas papan pemuka ketika kenderaan sedang bergerak.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
Aksi Manja Pasangan Kekasih Dalam Kereta Undang Padah, Bakal Berdepan Saman JPJ first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.