Maritim Pahang Tahan Bot Nelayan Tempatan Dengan 21 Kru Warga Asing 7.5 Batu Nautika Barat Laut Pulau Tioman

by Oh! Semput


7
SHARES
85
VIEWS
Posted on 24 May 2025 20:00:30


KUANTAN: Sebuah bot nelayan tempatan Kelas C2 ditahan bersama 21 kru warga asing di lokasi kira-kira 7.5 batu nautika barat laut Pulau Tioman, Rompin.

Pengarah Maritim Negeri Pahang, Laksamana Pertama Maritim Mazlan Mat Rejab berkata, bot itu dikesan dalam keadaan mencurigakan oleh kapal peronda Maritim Malaysia yang sedang melaksanakan Op Makmur dan Op Tiris pada jam 9.20 pagi.

“Hasil pemeriksaan awal mendapati terdapat 21 kru berada di atas bot terbabit, terdiri daripada dua warga Thailand termasuk tekong, 12 (Kemboja) dan tujuh (Laos).

“Kesemua kru berusia antara 20 hingga 57 tahun,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, pemeriksaan lanjut turut mendapati bot itu disyaki melanggar syarat sah lesen kerana menggajikan pekerja asing tanpa permit kerja yang sah daripada Pengarah Perikanan Malaysia dan kesemua kru didapati memiliki dokumen pengenalan diri yang meragukan.

Kes disiasat di bawah Akta Perikanan 1985 dan Akta Imigresen 1959/63.

Pihak Maritim turut merampas peralatan menangkap ikan, dokumen berkaitan dan hasil laut dianggarkan seberat tujuh tan metrik.

Bot bersama semua rampasan seterusnya dibawa ke Jeti Pos Maritim Teluk Gading, Kuala Rompin untuk tindakan lanjut.  #MalaysiaGazette

http://www.pahangdaily.blogspot.com

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts