"Saya Beri Nama Baru Siti Maryam..." Rebecca Nur Al Islam Bantu Pembantu Rumahnya Peluk Islam

by Oh! Semput


HOME Posted on 18 Feb 2019 07:00:10



Badrul Hashim
Hiburan

Tanggal 1 Februari lalu menjadi saksi kepada pembantu rumah kepada Datin Rebecca Nur Al Islam memeluk Islam.

Menurut Rebecca, pembantu rumahnya itu bernama Merry berasal daripada Filipina dan sebelum ini beragama Kristian.

"Syukur Alhamdulillah, dengan izin Allah SWT semuanya berjalan lancar.
 


"Semoga baby yang baru lahir ini 'Siti Maryam' saya beri nama baru untuknya mendapat keberkatan hidup di dunia dan akhirat," tulis Rebecca di Instagramnya.

Menurut Rebecca lagi, Insya-Allah selagi pembantu rumahnya bersama dengannya, dia akan turut membantu mengajar apa yang mampu.

Selain itu, Rebecca juga berkongsi video Siti Maryam sedang mengambil wuduk.
 


"Alhamdulillah, Insya-Allah perlahan-lahan belajar. Yang penting hatinya terbuka sendiri dan ikhlas. Allah SWT mengetahui," tulis Rebecca.

Rebecca juga berkongsi video Siti Maryam memakai telekung untuk bersolat buat kali pertamanya.
 


Datin Rebecca Nur Al Islam berkahwin dengan Datuk Nur Azam Datuk Sulaiman pada 2011. Pasangan ini mempunyai lapan orang anak. Semoga Rebecca dapat membantu Siti Maryam terus istiqomah dan sentiasa di bawah perlindungan Allah SWT.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News