Masih lagi berpantang, isteri Dai Syed ucap terima kasih kepada yang mendoakan

by Oh! Semput


9
SHARES
115
VIEWS
Posted on 18 Sep 2024 20:30:40

Isteri Dai Syed ucap terima kasih kepada yang mendoakan dan memberi kekuatan untuk dia sekeluarga selepas apa yang berlaku sebelum ini.

Menerusi Insta Story, Hana Ismail menyatakan bahawa doa yang baik-baik diterima itu bukanlah bermakna dirinya layak tetapi kerana tingginya akhlak serta ihsan orang ramai.

“Terima kasih semua yang mendoakan dan memberi kekuatan untuk kami bukan kerana kami layak tapi kerana tingginya akhlak dan ihsan kalian,” tulisnya.

alt

Isteri Dai Syed ucap terima kasih, masih lagi berpantang

Personaliti televisyen itu turut berkongsi gambar makanan pantang untuk dijamah memandangkan baru sebulan bergelar ibu.

Ujarnya, dia masih lagi menjalani pantang selepas bersalin anak pertamanya bersama Dai Syed pada 14 Ogos 2024.

alt

Artikel lain: Da’i Syed dijatuhi hukuman penjara 10 tahun, tiga sebatan kerana merog*l

Isteri Dai Syed ucap terima kasih, sempat jumpa rakan2

Dalam pada itu, Hana turut memuat naik gambar sewaktu bertemu dengan rakan selebriti termasuklah Heliza Helmi yang menggendong anak perempuannya, Sharifah Fatma Nour Jamalullail.

isteri Dai Syed ucap terima kasih

Sekadar info, Hana Ismail telah selamat melahirkan cahaya mata sulung pada 14 Ogos 2024 kira-kira jam 2.06 petang hari Rabu.

Hana dan Da’i Syed telah menimang anak perempuan setelah hampir setahun lebih mendirikan rumah tangga.

Walau bagaimanapun, suaminya yang juga pendakwah selebriti, Da’i Syed atau nama sebenarnya,  Syed Shah Iqmal Syed Mohd Shaiful, 29 dijatuhi hukuman penjara 10 tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen Shah Alam atas tuduhan  merogol seorang wanita di sebuah kondominium, lima tahun lalu.

Ketika itu, bayi pasangan berkenaan baru sahaja berusia 16 hari dan Hana masih lagi dalam fasa sedang bepantang.

: Instagram hanaalmauzah

Ad test

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts