Masih Ingatkah Lagi Kes Pembunuhan Di Thailand Ini? Muncul Dakwaan Mendiang Tangmo Nida Sebenarnya…..

by Oh! Semput


8
SHARES
104
VIEWS
Posted on 24 Jun 2026 10:02:43

Kes kematian pelakon Thailand, Tangmo Nida kembali menjadi perhatian selepas tiga individu berprofil tinggi dilaporkan tampil menyerahkan bukti baharu kepada Jabatan Siasatan Khas Thailand (DSI).

Tiga individu berkenaan ialah bekas Ahli Parlimen Thailand, Mongkolkit Suksintharanon, ahli akademik dan aktivis Dr. Panthep Puapongpan serta aktivis sosial Atchariya Ruangrattanapong.

Advertisement

Mereka dilaporkan mengemukakan rakaman kamera litar tertutup (CCTV), dokumen serta lebih 1,300 halaman bahan bukti yang didakwa menunjukkan wujud penyelewengan dan pemalsuan bukti dalam siasatan sebelum ini.

tangmo nida

Ketiga-tiga mereka mendakwa Tangmo tidak terjatuh dari bahagian belakang bot seperti laporan sebelum ini dan kecederaan yang dialaminya juga didakwa bukan berpunca daripada bilah kipas bot.

Malah, mereka turut percaya kes tersebut mempunyai unsur pembunuhan yang cuba disembunyikan.

Menurut Mongkolkit, semakan rakaman CCTV dari beberapa lokasi mendapati hanya lima individu berada di atas bot pada malam kejadian.

Tangmo Nida

Rakaman itu juga didakwa menunjukkan tiada sesiapa berada di bahagian belakang bot ketika bot melalui kawasan di bawah Jambatan Sanghi dalam perjalanan pulang, sekali gus dikatakan bercanggah dengan naratif rasmi kes.

Sementara itu, Dr. Panthep mendakwa tiada lagi gambar Tangmo direkodkan dalam telefon bimbit selepas jam 8.36 malam, menyebabkan beliau percaya pelakon itu sudah tidak berada di atas bot selepas waktu tersebut.

Beliau turut mendakwa beberapa gambar Tangmo bersama Kratik serta data GPS telah dimanipulasi bagi menyokong kronologi tertentu.

Selain itu, Dr. Panthep turut mempersoalkan imej yang sebelum ini didakwa menunjukkan bayang seseorang terjatuh ke dalam sungai kerana didakwa tidak sepadan dengan hasil analisis.

ta

Dari sudut forensik pula, beliau berpendapat kecederaan pada kaki Tangmo tidak konsisten dengan kecederaan yang lazimnya berlaku akibat terkena bilah kipas bot.

Dalam pada itu, Atchariya pula membangkitkan beberapa percanggahan dalam keterangan saksi dan dokumen rasmi berkaitan kes berkenaan, termasuk perbezaan masa saat Tangmo dipercayai terjatuh dari bot.

Beliau mendakwa seorang pegawai polis yang bertanggungjawab meneliti rakaman CCTV pernah memberi keterangan di mahkamah bahawa tiada rakaman menunjukkan Tangmo terjatuh ke dalam sungai.

Atchariya turut mempersoalkan perubahan pandangan seorang pakar forensik mengenai punca kecederaan mangsa selain mendakwa terdapat keraguan pada beberapa dokumen rasmi berkaitan proses pengurusan mayat Tangmo.

Difahamkan, laporan polis juga telah dibuat terhadap dua individu yang berada di atas bot atas dakwaan memalsukan keterangan dan bukti.

Penyerahan bukti baharu itu bertujuan mendesak DSI menyiasat semula kes kematian Tangmo serta mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang didapati terlibat dalam usaha menyelewengkan siasatan.

Bagaimanapun, semua dakwaan yang dikemukakan masih memerlukan penelitian dan pengesahan lanjut daripada pihak berkuasa Thailand.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2026-06-22 11:44:37

Kisah Rakyat Malaysia Selamatkan Space X Dari Muflis, Elon Musk Respon - "Ianya Benar!"

Masih Ingatkah Lagi Kes Pembunuhan Di Thailand Ini? Muncul Dakwaan Mendiang Tangmo Nida Sebenarnya….. first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts