Pele masuk hospital

by Oh! Semput


2
SHARES
21
VIEWS
Posted on 19 Jan 2018 16:01:40

LEGENDA bola sepak dunia, Pele dimasukkan ke hospital di Brazil selepas rebah kerana kepenatan, memaksa beliau membatalkan kunjungan ke London hujung minggu ini, lapor AFP.

Pele, 77, sepatutnya datang ke London untuk menghadiri majlis jamuan makan malam meraikannya anjuran Persatuan Penulis Bola Sepak England (FWA).

Menurut FWA, beberapa ujian yang dijalankan ke atas Pele mengesahkan bintang bola sepak yang pernah tiga kali menjulang Piala Dunia itu mengalami kepenatan yang serius.

"Beliau dimasukkan air dan doktor sedang memantau perkembangannya. Syukur, tidak ada tanda-tanda yang lebih serius," kata FWA.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Pele beberapa kali dimasukkan ke hospital untuk rawatan buah pinggang dan prostat, lapor BBC.

Pada November 2014, beliau dirawat kerana jangkitan salur kencing selepas pembedahan membuang batu karang.

Pele membantu Brazil menang Piala Dunia pada 1958, 1962 dan 1970.

Beliau dilaporkan uzur sejak beberapa tahun lalu dan tidak dapat menyalakan obor Olimpik pada pembukaan temasya sukan dunia itu ketika diadakan di Rio de Janeiro dua tahun lalu kerana kesihatan tidak mengizinkan.

Sepanjang 21 tahun kariernya sebagai pemain bola sepak, Pele menjaringkan 1,281 gol dalam 1,363 perlawanan, termasuk 77 gol semasa menyarung jersi Brazil. – Agensi, 19 Januari 2018

's

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts