“Tak Masuk Akal..” – Che Puan Khaleeda Minta Kematian Baby Syifaa Disiasat Semula

by Oh! Semput


3
SHARES
39
VIEWS
Posted on 23 Jun 2022 13:31:18

Isteri Pemangku Raja Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim iaitu Che’ Puan Besar Khaleeda Bustamam mengarahkan agar kes kematian bayi perempuan, Nour Rania Asyifaa Yuseri yang berusia 15 bulan untuk disiasat semula kerana berasa ragu-ragu dengan kes tersebut.

Hasrat Che’ Puan Khaleeda turut disuarakan di media sosial Instagram miliknya, semalam.

Advertisement
Che puan khaleeda baby shifaa : Instagram  
Che puan Khaleeda : Instagram  

Che’ Puan Khaleeda dalam hantaran tersebut ada memuat naik foto kecederaan yang dialami arwah Nour Rania yang pada awalnya dikongsi oleh bapa mangsa, Yuseri Yusoff.

Beliau turut meletakkan tanda pagar #justiceforbabysyifaa serta menyertakan sekali Instagram Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga, dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun.

Selain itu, Che’ Puan Khaleeda ada menzahirkan pandangannya mengenai kecederaan bayi yang dianggap beliau sebagai tidak masuk akal.

Dan lagi satu kawan saya ‘pointed out’ kesan di leher itu nipis. Kalau betul dijerut dengan buai, bukankah ia akan menunjukkan kesan yang lebih tebal? Tak pernah saya tengok buai yang bertali nipis.

Beliau kemudiannya berkongsi lagi mengenai persoalan si bapa yang bertanyakan bagaimana seseorang boleh melakukan tindakan zalim seperti itu terhadap seorang kanak-kanak yang tidak berdaya.

Advertisement

Terdahulu, pihak polis telah mengesahkan bayi itu telah meninggal dunia setelah dibawa oleh pengasuh ke klinik untuk rawatan.

Manakala hasil bedah siasat Jabatan Perubatan Forensik Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) Seremban memaklumkan punca kematian bayi tersebut adalah disebabkan oleh tekanan kuat pada leher.

isteri TMJ akan bantu adik Bella
2 bulan lalu

"Karma Akan Hadir" - Enggan Diam Diri, Isteri TMJ Akan Guna Kuasa Bantu Tuntut Keadilan Buat Bella

“Tak Masuk Akal..” – Che Puan Khaleeda Minta Kematian Baby Syifaa Disiasat Semula first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts