by Oh! Semput
Tindakan seorang lelaki masuk ATM kaki ayam telah menerima pujian apabila memberi alasan enggan mengotorkan lantai kerana mengetahui bahawa kasut yang dipakai kotor.
Dalam video yang dikongsi pengguna Tiktok dikenali sebagai Khairullezran Mat Khir, dia telah memuat naik rakaman sewaktu melihat seorang lelaki dipercayai pekerja warga asing yang sedang mengambil duit di mesin juruwang automatik (ATM).
Khairullezran yang melihat situasi itu telah menegur tindakan lelaki tersebut dengan bertanyakan mengapa dia membuka kasut di luar ATM sewaktu ingin mengambil duit.
Ujarnya, dia baru pulang dari bekerja dan kasut yang digunakan berada dalam keadaan kotor.
Jadi, dia membuka kasut itu bertujuan untuk mengelak daripada lantai di kawasan tersebut kotor dengan kesan tapak kasutnya.
Artikel lain: Potong barisan, orang Cina Malaysia halau pelancong biadab balik China
Kagum dengan tindakan yang dilakukan pekerja tersebut, Khairullezran telah memuji dengan mengatakan bahawa individu berkenaan mempunyai adab yang tinggi walaupun dia bekerja dalam kondisi yang mungkin kotor bagi sesetengah individu.
Perkongsian tersebut telah menghadirkan pelbagai komen positif daripada warganet apabila rata-rata mereka memuji tindakan beradab lelaki berkenaan kerana masih memikirkan tentang kerja orang lain yang membersihkan kawasan tersebut.
Kagum dengan tindakan lelaki tersebut kerana mempunyai adab yang cukup tinggi memandangkan memilih untuk membuka kasut daripada mengotorkan lantai di lokasi tersebut walaupun tahu bakal ada pekerja kebersihan yang membersihkannya nanti.
Apa yang dilakukan lelaki berkenaan merupakan contoh terpuji kerana menunjukkan teladan yang baik meskipun tidak berjawatan tinggi.
: TikTok Khairullezran Mat Khir