by Oh! Semput

KUALA LUMPUR – Masyarakat Malaysia kini mengalami ‘Tall Poppy Syndrome’ disebabkan oleh kewujudan teknologi media sosial seperti yang berlaku di Australia.
Pengarah Sukan Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) yang berasal dari negara berkenaan, Alistair Edwards berkata, sindrom itu adalah satu istilah menghina yang digunakan di Australia.
Kata beliau, istilah itu digunakan untuk menggambarkan satu fenomena sosial iaitu individu yang hebat dan berstatus tinggi seperti Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim akan dibenci, diserang, diherdik atau dikritik di media sosial.
“Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dibenci, diserang, diherdik atau dikritik kerana bakat dan kebolehan baginda atau pencapaian cemerlang baginda,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Alistair berkata, ‘Tall Poppy Syndrome’ juga menyaksikan Tunku Ismail dibenci, diserang, diherdik atau dikritik oleh mereka yang berfikiran sempit, cemburu dan tidak senang dengan kejayaan baginda. – Mynewshub.cc