Foto Mateen ‘dating’ dengan gadis cantik tersebar, ramai gadis Malaysia yang makan hati

by Oh! Semput


HOME Posted on 09 Nov 2018 04:05:09


Nama putera kacak Sultan Brunei, Pangiran Muda Mateen sering sahaja meniti di bibir wanita-wanita di luar sana. Setiap kali Mateen memuat naik foto atau videonya di laman sosial, khususnya Instagram, pasti ramai wanita yang seolah-olah bergetar ovari melihat ketampanan putera berusia 27 tahun tersebut.

Baru-baru ini, ramai wanita yang seolah-olah makan hati setelah tularnya foto Mateen keluar ‘dating’ dengan seorang gadis yang cukup menawan, Anisha Isa-Kalebic.

Individu yang berjaya menemukan akaun Instagram gadis cantik ini mendapati bahawa terdapat beberapa foto yang sama antara Mateen dan juga Anisha.

Namun, semua pihak masih lagi kurang pasti adakah foto tersebut hanyalah kebetulan ataupun mereka sememangnya telah pergi bercuti bersama-sama.

alt

alt

Pasti ramai yang tertanya-tanya, siapakah gerangan gadis cantik yang dilihat begitu akrab dengan Mateen ini. Sebenarnya, Anisha merupakan seorang cucu kepada salah seorang menteri dan individu yang agak berpengaruh di Brunei, Pehin Isa.

Dia juga dikatakan menetap di United Kingdom. Bukan calang-calang si Anisha ni, jom lihat foto-foto cantik Anisha yang pasti menggetarkan tulang rusuk kaum Adam di luar sana.

alt

Namun begitu, terdapat juga individu yang mengesyaki kedua-dua pasangan ini bukanlah merupakan pasangan kekasih, namun mempunyai hubungan persaudaraan atau hanyalah kawan baik.

alt

Walau bagaimanapun, Mateen dan juga Anisha dilihat masih tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan yang membuktikan mereka adalah pasangan kekeasih.

: IG Mateen, Anisha 

's

SUMBER ASAL


Norlida Ishak Shop
Leave a Comment:

Related News