12.12 Shopee Voucher

Maxis Memperkenalkan Ciri VoLTE Untuk Sejumlah Peranti – Menjanjikan Panggilan Lebih Berkualiti

by Oh! Semput


HOME Posted on 18 Oct 2020 13:04:11



Maxis kini telah pun memperkenalkan sokongan panggilan VoLTE untuk pengguna mereka, sekaligus menjanjikan kualiti panggilan yang lebih baik berbanding kebiasaan.

Dengan menggunakan ciri VoLTE, ia menjanjikan sokongan panggilan suara yang lebih berkualiti, hubungan panggilan yang lebih pantas, tidak menganggu rangkaian data ketika melakukan panggilan suara, disamping memudahkan anda berubah dari panggilan suara ke video dengan serta-merta.

Buat masa ini, hanya sejumlah peranti yang disokong, dan Maxis sendiri mengaktifkan ciri ini kepada para pengguna secara berperingkat sedikit demi sedikit.

Antara peranti yang disokong adalah peranti keluaran

  • Apple (iPhone SE, iPhone 11, iPhone XS, iPhone X, iPhone XR, iPhone 8 dan iPhone 7)
  • Xiaomi (Mi 10T Pro, Mi 10T, Poco F2 Pro, Mi 10 Pro, Mi 10, Note 10 Lite, Redmi Note 9 Pro, Redmi Note 9)
  • Oppo (Reno 4 Pro, Reno 4, A93, Reno 3, dan A53)
  • Samsung (Note 20, Note 20 5G, Note 20 Ultra 5G)
  • Vivo (X50 Pro, X50, S1 Pro)
  • Huawei (Nova 7)

Anda yang menggunakan peranti ini, boleh ke halaman tetapan, dan pada bahagian Mobile Network > Mobile Data, pilih Enable VoLTE.

12.12 Birthday Sale 2020

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News