Maxis Perluas Kempen Kitar Semula e-Sisa, Pos ‘drop-off’ Kini Percuma Seluruh Semenanjung Malaysia

by Oh! Semput


5
SHARES
71
VIEWS
Posted on 11 Jun 2024 11:00:20

Maxis mengumumkan kempen kitar semula e-sisanya yang telah bermula dengan penawaran perkhidmatan kutipan yang mudah untuk premis kediaman dan komersial di Lembah Klang, Johor Bahru, dan Pulau Pinang, kini diperluaskan dengan penambahan perkhidmatan penghantaran pos drop-off percuma untuk semua pengguna di Semenanjung Malaysia. 

Kini, sesiapa yang menetap di dalam atau di luar kawasan perkhidmatan kutipan boleh memilih untuk menghantar peranti e-sisa mereka ke ERTH melalui lebih daripada 1,000 cawangan Pos Malaysia.

Diuruskan oleh rakan kempen Maxis, Electronic Recycling Through Heroes (ERTH), sebuah pusat pengumpulan e-sisa yang berdaftar dengan Jabatan Alam Sekitar Malaysia, perkhidmatan terbaharu ini memudahkan lagi pengitaran semula e-sisa dan menggalakkan pengguna untuk mengamalkan tabiat mesra alam.

Setakat ini, kempen kitar semula e-sisa Maxis dengan ERTH telah mengumpul lebih daripada 15,000 peranti, menghalang lebih daripada 29 tan e-sisa daripada terkumpul di tapak pelupusan.

Untuk menghantar peranti, pengguna hanya perlu mengisi borang permintaan melalui laman web Maxis dan menyenaraikan barangan yang mereka ingin kitar semula untuk menerima label penghantaran percuma Pos Malaysia.

Untuk maklumat lanjut mengenai kempen kitar semula e-sisa dan cara mengitar semula peranti anda secara bertanggungjawab, layari www.maxis.com.my/ewaste/

{suggest}

: Siaran media Maxis

Maxis Perluas Kempen Kitar Semula e-Sisa, Pos ‘drop-off’ Kini Percuma Seluruh Semenanjung Malaysia WISER.MY.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts