Mayat kelima bot karam sudah ditemui, ibu sebak kenal pasti jenazah anak

by Oh! Semput


HOME Posted on 30 Jun 2020 20:04:47



Susulan tragedi bot karam, satu lagi mayat yang dikenal pasti sebagai mangsa kelima, Ahmad Syafiq Che Alim, 30, telah berjaya dikesan oleh pasuak penyelamat.

Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) menemui mayat kira-kira jam 7 pagi tadi, mangsa ditemui di dalam sebuah bilik di dalam bot berkenaan.

Difahamakan, Pasukan SAR mengambil masa kira-kira sejam untuk mengeluarkan mayat kerana ruangan yang sempit serta banyak tali berada dalam bilik berkenaan.

Menurut, Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Kelantan, Kapten Maritim Muhd Nur Syam Asmawie Yaacob, Bot berkenaan kini hanyut sejauh 18 batu nautika dari Jeti Pengkalan Kuala Kemasin.

alt

Muhd Nur Syam berkata pihaknya memutuskan untuk menunda bot tersebut ke Muara Kemasin bagi memudahkan operasi mencari mangsa yang dikhuatiri masih terperangkap di dalam bot.

Tidak dapat menahan sebak, ibu Ahmad Syafiq Che Alim, Ghaniah Deraman, 62, menangis ketika diminta membuat pengecaman mayat.

“Saya tok leh kecek (saya tidak dapat bercakap). Betul dah (Ahmad Syafiq), dia pakai baju putih…”

alt

Selain Ahmad Syafiq, mangsa yang disahkan meninggal dunia ialah Mohd Syahrizan Daud, 40-an; Muhamad Zaki Muhamad Nordin, 19; Wan Aminudin Wan Hussin, 60-an dan seorang warga Thailand yang hanya dikenali sebagai Pokta, 50-an.

Tiga lagi mangsa yang belum ditemukan dikenali sebagai Arman Ismail, 43; Harun Daud, 60-an dan Che Wadi Bakar, 40-an. Diharapkan, proses mengesan mangsa yang hilang dipermudahkan.

: Astro Awani & Berita Harian

's

SUMBER ASAL


Leave a Comment:

Related News


loading...