Mediacorp, Microsoft antara 45 syarikat yang diiktiraf atas usaha murah hati

by Oh! Semput


2
SHARES
26
VIEWS
Posted on 08 Nov 2017 03:00:38

SINGAPURA: Sejumlah 45 perusahaan diiktiraf sebagai 'Champions of Good' atau 'Pejuang Ihsan' pada Selasa (7 Nov) atas komitmen mereka kepada usaha murah hati korporat sejak tiga tahun kewangan yang lalu.

Antara 25 perusahaan besar yang dikenal pasti sebagai sebahagian daripada program yang julung-julung kali diadakan itu adalah Capitaland, IBM, Mastercard dan Mediacorp.

Sebanyak 20 perusahaan kecil dan sederhana (SME) termasuk Carousell, Spic and Span, dan TSMP Law Corporation turut diiktiraf. Perusahaan ini dipilih daripada lebih 70 syarikat oleh panel seramai tujuh anggota yang dipengerusikan oleh Cik Mildred Tan, pengerusi Pusat Sukarelawan dan Kedermawanan Kebangsaan (NVPC), dan akan mengekalkan pengikitirafan sebagai Pejuang selama setahun.

Menteri Kewangan Heng Swee Keat, yang menghadiri acara pengiktirafan di Hotel Shangri-La itu, memuji syarikat-syarikat berkenaan atas "inisiatif mereka untuk memimpin, berhubung dan mendorong syarikat lain dalam pemberian korporat," dan menggesa penyumbang korporat untuk "berinovasi dan bekerjasama".

"Saya harap minat mendalam dan inspirasi Pejuang kita akan disebarkan melalui masyarakat perniagaan dan mendorong individu lain untuk melakukan lebih lagi untuk Singapura. Dengan sedikit keihsanan dan sikap dermawan dari setiap seorang daripada kita, kita dapat memajukan masyarakat yang memberi dan membina ruang yang murni dan inklusif bagi semua," kata Encik Heng.

We Tech Care, acara tahunan oleh Microsoft bertujuan untuk menjana peluang bagi orang ramai untuk mempelajari pengkomputeran dan meningkatkan kesedaran tentang teknologi inovatif yang dapat membantu menyelesaikan isu masyarakat. Ia melibatkan lebih 150 sukarelawan dari entiti Microsoft di Singapura dan dihadiri oleh 450 orang tahun lalu.

Dua syarikat persemadian - Ang Chin Moh Funeral Directors dan Direct Funeral Service - juga antara SME yang diiktiraf.

Pada bulan lalu, para sukarelawan dari Ang Chin Moh memetik lebih 50 gambar bagi penghuni lanjut usia di Rumah Tumpangan St Andrew's sebagai sebahagian daripada program sukarelawannya yang diberi nama "The Last Portrait" atau "Potret Terakhir". Pada tahun 2012, Yayasan Ang Chin Moh ditubuhkan bagi meningkatkan kadar celik bahasa kematian dalam kalangan rakyat Singapura menerusi kempen pendidikan awam.  

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts