Cun Melecun! 8 Selebriti Cantik Yang Masih Single & Belum Berpunya.

by Oh! Semput


HOME Posted on 16 Apr 2018 16:01:41


Ramai yang beranggapan bila dah bergelar selebriti kalau boleh nak pasangan yang sama cantik sama padan.

Tapi, bila kita lihat balik, ramai je selebriti wanita yang memang cun habis tapi masih lagi single! Sebab apa?

Jom tengok 8 selebriti cantik yang masih lagi single. Mana tahu ada lelaki di luar sana nak try ngorat!

1. Neelofa

Pelakon dan pengacara cantik ini mengakui dirinya masih solo dan belum ada kekasih hati. Sebelum ini, Neelofa pernah bercinta dengan pelakon kacak Hans Isaac, namun putus ditengah jalan. Lelaki idaman Neelofa perlu ada ada 4 ciri ini iaitu matang, pandai menjaga diri, pandai mengawal pasangan dan berjaya dalam hidup.

2. Mira Filzah

Pelakon cantik ini masih lagi single dan belum berpunya. Walaupun ada yang mengatakan bahawa Mira Filzah sedang hangat bercinta dengan Zizan Razak, namun itu hanya sekadar gosip sahaja.

3. Janna Nick

Gadis periang ini pernah di gosipkan dengan Shaharul Ridzwan, namun mereka hanyalah kawan baik. Bukan itu saja, Janna Nick juga pernah dikatakan menjalin hubungan sejenis. Itu hanya fitnah. Apa yang pasti, Janna Nick masih lagi single.

4. Kilafairy

Macam tak percaya je pelakon dan penyanyi berbadan langsing ini masih lagi single. Tapi, ianya memang benar. Sebelum ini, Kila dikhabarkan pernah bercinta dengan pelakon dari seberang Hardy Hartono. Namun, tahun lalu Kila memberitahu bahawa dirinya masih lagi solo.

5. Sherry Ibrahim

Sebelum ini heboh Sherry Ibrahim pernah menjalin hubungan cinta dengan pelakon Asyraf Muslim namun cinta mereka terputus ditengah jalan. Kemudian hubungan cintanya dengan pelakon kacak Fattah Amin juga tiada kesudahan yang baik.  Kini, Sherry masih lagi solo.

6. Nelydia Senrose

Pelakon cantik ini pernah bercinta dengan pelakon kacak Qi Razali, namun hubungan mereka terputus di tengah jalan. Namun, ada sumber memberitahu, mereka masih lagi bertemu. Menurut Nelydia, dia lebih selesa solo dan inginkan lelaki matang.

7. Raysha Rizrose

Adik kepada pelakon cantik Nelydia dan Uqasha Senrose ini masih baru lagi dalam industri seni tanah air. Pemenang Dewi Remaja tahun 2015 ini juga masih solo dan tidak pernah digosipkan dengan mana-mana pelakon lelaki yang bergandingan dengannya.

8. Farah Nabila

Pelakon popular Titian Cinta ini masih lagi solo. Gadingannya bersama pelakon sasa Zul Ariffin membuatkan ramai peminat berharap pasangan tersebut betul-betul bercinta. Namun ianya hanya cinta dalam drama sahaja.

: Rotikaya

SUMBER ASAL


Norlida Ishak Shop

Related News


Leave a Comment: