Memahami Makna Nama Waktu Solat Masyarakat Islam

by Oh! Semput


1
SHARES
17
VIEWS
Posted on 23 Jun 2022 18:01:45

Setiap hari, masyarakat Islam di seluruh dunia akan mengerjakan salah satu tuntutan wajib iaitu solat lima waktu atau solat fardu.

Diistilahkan sebagai solat Subuh, Zuhur, Asar, Maghrib dan Isyak mengikut ejaan dalam bahasa Melayu, ramai mengetahui nama kepada waktu solat yang ada. Tetapi persoalan yang ingin kami utarakan kepada anda - kenapa solat-solat tersebut dinamakan sedemikian rupa?

Berikut adalah penjelasan dan penerangan berkenaan makna di sebalik nama waktu solat wajib masyarakat Islam di seluruh dunia.

1. Maksud Subuh

Masyarakat kita menggelarkan waktu solat sebelum terbitnya fajar matahari, sebagai solat subuh. Bagaimanapun ada juga di kalangan masyarakat luar yang menamakan waktu solat ini sebagai solat fajar.

Oleh kerana itu, waktu ini mempunyai beberapa gelaran berbeza di kalangan masyarakat Islam sendiri. Ada yang menggelarkannya subuh, fajar, subh al-sadiq atau fajr al-sadiq. Kesemuanya mewakili waktu di mana sinar cahaya matahari pertama atau fajar kelihatan.

Dari aspek bahasa Melayu, istilah 'subuh' membawa makna ruang waktu di mana terbitnya fajar sehinggalah terbitnya matahari.

Kita di sini dan negara berjiran kita menggunakan istilah 'solat subuh' untuk melabelkan solat fardu dalam waktu ini, walaupun masyarakat Muslim di seluruh dunia ada menggunakan istilah berbeza seperti solat fajar, sabah namaz (namaz bererti solat) atau salada subax di Somalia.

2. Maksud Zuhur

Ejaan rasmi menurut kamus bahasa kita adalah zuhur ya! Bukannya zohor atau dzuhur. Ringkas saja sebenarnya ejaannya.

Zuhur dari aspek bahasa membawa makna ruang waktu tergelincir matahari mula ke arah barat sehingga ke awal petang.

Kita di rantau ini menggunakan istilah zuhur sebagai panggilan rasmi waktu ini, tetapi dalam beberapa bahasa berbeza seperti bahasa Arab, Urdu dan Parsi - zuhur disebut sebagai 'zuhr.'

Ada juga yang menulis nama waktu ini sebagai dhuhr, thuhr atau duhr - yang pasti semuanya merujuk kepada waktu yang serupa.

3. Maksud Asar

Secara teknikalnya adalah solat terakhir dalam jadual solat fardu seorang Muslim, 'asar' adalah ruang waktu di mana bayang-bayang yang terhasil dari cahaya matahari, mula mempunyai ukuran yang sama dengan alat yang digunakan bagi mengukur pergerakan waktu.

Uniknya, waktu asar merupakan satu-satunya waktu yang ada diceritakan dalam kitab al-Quran melalui surah al-Asr. Diterjemahkan sebagai 'petang', surah al-Asr yang merupakan antara surah paling pendek sering dibaca oleh kita sebagai penutup majlis.

Walaupun sebutan asalnya adalah 'asr', tranliterasi bahasa membolehkan beberapa variasi sebutan ini diwujudkan. Selain kita di rantau ini, masyarakat di Parsi, Pakistan, India dan Bangladesh juga menggelarkan waktu ini sebagai 'asar.'

4. Maksud Maghrib

Ekoran daripada waktu Maghrib dikira sebagai permulaan hari bagi semua masyarakat Islam, solat Maghrib sebenarnya adalah solat fardu pertama yang wajib dilaksanakan setiap hari.

'Maghrib' secara bahasa sebenarnya mewakili ruang masa di mana matahari telah mula terbenam sehinggalah hilangnya cahaya matahari secara keseluruhan menjadikan langit gelap, menandakan bermulanya waktu malam.

Tahukah anda dalam kepercayaan Yahudi, mereka turut mempunyai amalan serupa di mana mereka akan bersembahyang selepas terbenamnya matahari - yang dinamakan sebagai sembahyang maariv?

Secara bahasanya, maghrib dan maariv saling berkait asal-usulnya kerana kedua-duanya berasal dari Ibrani/Hebrew yang telah menjalani perubahan akibat perkembangan bahasa, menyebabkan kedua-duanya mempunyai bunyi yang masih mirip dan makna yang serupa.

5. Maksud Isyak

Dalam bahasa mudah, 'isyak' adalah waktu malam. Secara teknikalnya pula 'isyak' mewakili ruang waktu di mana malam hari bermula setelah cahaya merah terakhir matahari hilang dari pandangan mata di langit; sehinggalah terbit kembali sinar fajar pertama atau fajar sadiq.

Oleh kerana mempunyai tempoh masa yang panjang, wujud perdebatan di kalangan ulama'-ulama' terdahulu berkenaan detik terbaik mengerjakan solat isyak khasnya apabila melibatkan amalan qiamullail.

Ada pendapat menyebut waktu isyak tamat pada hujung 1/3 pertama malam, ada yang berpegang kepada 1/2 malam manakala bagi kita yang berpegang kepada mazhab al-Syafie di sini - waktu isyak kita tamat apabila terbitnya fajar sadiq.

Kesemua pendapat diterima ya, jadi janganlah kita bergaduh. Apa yang kita semua sepakat - solat terbaik, adalah solat di awal waktu.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Search
Panduan Borong China
Popular Posts