"Memang Tanggungjawab Kau Sebagai Isteri & Emak, Tapi Kau Bukan Robot" - Shakilla Khoriri

by Oh! Semput


2
SHARES
21
VIEWS
Posted on 06 Dec 2019 01:00:29

Kamaruddin Razal
Hiburan

Pelakon Shakilla Khoriri menyeru agar golongan lelaki yang bergelar suami membantu isteri mereka di rumah.

Menyifatkan golongan wanita bukanlah robot, Shakilla mencoretkan isi hatinya secara umum di salah sebuah entri yang dimuat naik di laman Instagram. 

"Stress tak kalau kau sebagai EMAK kena settlekan dari A sampai Z dalam rumah tangga.

"YES! Memang kerja dan tanggungjawab kau sebagai ISTERI & EMAK tapi kau bukan robot.

"SUAMI... Mohon terbaca caption ni. Sayangilah ISTERI. Bantu. Kalau kau tak ada rasa sayang kesianlah.

"Kerja kau tak sepenat KERJA isteri besarkan anak dan settlekan rumah walaupun kau rasa rumah tu tak nampak bersiap sangat tapi percayalah kerja isteri kau tak ada REST. Tengok phone pun tak SEPUAS sebelum ada anak," tulisnya.
 


Dalam pada itu, Shakilla turut memuji sikap suami yang sama-sama membantu untuk meringankan beban si isteri.

"Suami, kau jangan seronok sangat main game sampai kau bosan. Jangan seronok sangat tengok TV sampai berpinar mata.

"BANTU... Kau bukan kahwin dengan MAID. Anak tu bukan anak jiran sebelah rumah.

"TEPUK besar untuk suami yang sama-sama bantu ringan beban kau. Buat kau rasa seorang ISTERI dan IBU yang dihargai. Tag suami awak sikit. Lepas tu cium dahi satu kali. I love you my boy @fiziali_," tulisnya lagi.

Shakilla mendirikan rumah tangga bersama penyampai radio dan pengacara Fizi Ali pada 18 Februari 2018.

Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Ameena Sofia yang kini berusia sembilan bulan.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts