CXMT Akan Membekalkan Memori LPDDR6 DRAM Untuk Telefon Boleh-Lipat Xiaomi Akan Datang

by Oh! Semput


3
SHARES
44
VIEWS
Posted on 01 Sep 2026 03:30:49

CXMT, pengeluar cip terkemuka dari China kini mengumumkan mereka akan membekalkan cip memori LPDDR6 DRAM untuk Xiaomi, bagi digunakan dalam telefon boleh-lipat akan datang oleh Xiaomi.

Untuk tujuan berkenaan, CXMT telah memulakan pengeluaran bagi LPDDR6. Telefon boleh-lipat Xiaomi dijangka dilancarkan secara rasminya pada September ini. Buat masa ini, spesifikasi penuh untuk telefon berkenaan masih tidak diketahui lagi. Sebelum ini juga, Xiaomi telah menyatakan ia turut akan menggunakan cip Xring O3 dengan binaan 3-nanometer pada telefon Xiaomi 18 Fold akan datang ini.

Langkah ini sekaligus mengurangkan kebergantungan kepada pengeluaran yang dikawal oleh Amerika Syarikat, selain membolehkan Xiaomi beroperasi lebih kendiri dan pantas berbanding yang lain. Untuk CXMT juga, perkembangan ini amat pantas, dimana hanya setahun lepas mereka menghasilkan LPDDR5, dan kini telah memulakan proses pengeluaran LPDDR6.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts