by Oh! Semput
Syarikat media mohon maaf terutamanya kepada Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq dan pelakon Bella Astillah atas kekhilafan wartawan mereka yang keterlanjuran kata ketika bersiaran secara langsung di Mahkamah Rayuan, baru-baru ini.
Menerusi kenyataan yang dikeluarkan SinarPlus, pihaknya menghargai setiap teguran dan pandangan yang diberikan orang ramai selain akan memastikan kejadian tersebut tidak akan berulang kembali.
Sehubungan itu, SinarPlus meneliti langkah-langkah penambahbaikan dalam penyampaian serta kawalan kandungan bagi memastikan kepekaan dan profesionalisme yang lebih baik dalam setiap siarannya.
Artikel lain: Dari Parlimen ke mahkamah, Bella Astillah setia hadir sokong Syed Saddiq
Terdahulu, respon seorang wartawan yang berkata ‘kiranya abang Utusan ni suka membela J lah’ selepas rakan media memilih pasangan tular Bella Astillah dan Syed Saddiq (BASS) sambil diiringi gelak tawa telah mengundang rasa tidak puas hati ramai.
Keterlanjuran kata-kata itu berlaku ketika siaran langsung berhubung rayuan terhadap sabitan dan hukuman dana Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA) membabitkan Sued Saddiq di Mahkamah Rayuan, semalam.
Difahamkan, pelakon dan penyanyi, Bella Astillah turut hadir ke prosiding tersebut bagi memberi sokongan terhadap bekas Menteri Sukan dan Belia itu.
: TikTok @SinarPlus, @noratikah.suradi