SPRM Menahan Pesara Pejabat Tanah Di Syaki Terima Rasuah Ketika Berkhidmat

by Oh! Semput


2
SHARES
27
VIEWS
Posted on 22 Sep 2022 00:31:16

 

ALOR SETAR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang pesara kerajaan kerana dipercayai menyalahgunakan jawatannya dalam proses pengambilan tanah bagi projek lebuh raya pada 2005.

SPRM Kedah berkata lelaki berusia 69 tahun itu yang pernah bertugas di salah sebuah Pejabat Tanah dan Daerah di Kedah, ditahan ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM di sini, pada jam tiga petang semalam.

“Lelaki itu dipercayai menyalahgunakan jawatannya semasa proses pengambilan tanah oleh kerajaan bagi projek Lebuhraya Langkawi pada 2005.

“Sebagai balasan dia dipercayai mendapatkan suapan iaitu sebuah rumah di Sungai Menghulu, Langkawi untuk dirinya ketika masih dalam perkhidmatan,” katanya hari ini.

itu, bagaimanapun, berkata suspek dilepaskan dengan jaminan sebanyak RM15,000 berserta seorang penjamin atas faktor usia dan kesihatan.

Sementara itu, Pengarah SPRM Kedah Shaharom Nizam Abd Manap ketika dihubungi mengesahkan mengenai penahanan itu dan memaklumkan kes disiasat mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009. #sumber

http://www.pahangdaily.blogspot.com

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Search
Panduan Borong China
Popular Posts