Bapa menangis tak mampu bayar duit gambar konvo tadika anak

by Oh! Semput


HOME Posted on 09 Nov 2019 20:04:34



Sudah menjadi trend masa kini apabila pihak tadika ataupun pra sekolah untuk mengadakan majlis graduasi kepada pelajar-pelajarnya pada hujung tahun.

Sudah semestinya majlis tersebut memerlukan ibu bapa kanak-kanak tersebut mengeluarkan sedikit modal bagi menampakkan anak mereka bergraduasi.

Namun, umum sedia tahu bahawa majlis yang diadakan kandang kala memerlukan belanja yang agak banyak dan ada sesetengah ibu bapa tidak mampu untuk melunaskan bayaran-bayaran tambahan untuk program-program seperti itu.

Menerusi satu perkongsian daripada warga Twitter, seorang lelaki menceritakan bagaimana seorang bapa yang terpaksa mengajak anaknya untuk pulang ke rumah selepas majlis graduasi itu sedangkan mereka patut menghadiri sesi bergambar disebabkan masalah kewangan.

alt

alt

alt

alt

Lelaki yang dikenali sebagai Irwan telahterdengar kata-kata bapa tersebut dan berasa terpanggil untuk menghulurkan sedikit bantuan bagi memberikan kegembiraan diwajah kanak-kanak itu.

Dia telah mengejar anak-beranak tersebut yang sedang menuju ke parkir motosikal sambil mempelawa kanak-kanak itu  bergambar bersama anaknya di dalam studio.

alt

Lebih menghibakan, menurut bapa tersebut, motosikal yang ditunggangnya adalah motosikal milik majikan yang memberi pinjam seketika bagi melihat anak sulungnya bergraduasi.

Selesai sesi bergambar, Irwan menyatakan betapa terharunya bapa muda tersebut dan memeluknya sambil mengucapkan ribuan terima kasih.

alt

Sehubungan dengan perkongsian yang menyentuh hati itu, rata-rata warganet telah terpanggil untuk meninggalkan komen di ruangan posting Irwan.

Mereka mengucapkan terima kasih kerana Irwan yang sanggup berkongsi kegembiraan dikecapinya kepada individu tidak berkemampuan. Mereka turut mendoakan agar Irwan dan bapa kepada kanak-kanak tersebut dimurahkan rezeki dan sentiasa diberi kebahagian di dunia  serta di akhirat.

alt

alt

alt

alt

alt

alt

alt

: Irwan

Komen

's

SUMBER ASAL


Leave a Comment:

Related News


loading...