Dulu menangis minta bantu, Iqbal Zulkefli hilang sabar dicemuh bekas adik ipar

by Oh! Semput


6
SHARES
72
VIEWS
Posted on 19 Apr 2024 10:31:26

Usahawan Ahmad Iqbal Zulkefli hilang sabar selepas bertahun memendam dan berdiam diri disaat menerima cemuhan oleh bekas adik iparnya, Anes Ayunie yang merupakan pengasas Vitamilk.

Iqbal Zulkefli hilang sabar

Susulan itu, usahawan berusia 29 tahun itu bertegas dan mengambil tindakan undang-undang atas dakwaan memburukkan namanya di media sosial.

“Berbulan-bulan saya tak pernah bersuara tapi kali ini saya buka mulut sebab nama saya dipetik berkali-kali.
“Demi Allah, saya ada semua bukti dan boleh tunjuk pada satu Malaysia tapi saya mahu jaga aib, saya diamkan diri.
“Saya akan failkan saman kerana memburukkan nama saya dan keluarga di media sosial,”katanya.

alt

Dakwa Iqbal lagi, bekas adik iparnya itu bukan sahaja menipu, malah berlaku curang ketika masih bergelar isteri kepada adiknya, Ahmad Weldan Zulkefli.

“Dia pindah nama dan saham syarikat daripada Weldan dengan cara menipu. Bayangkan, pandai dan liciknya dia malah menuduh adik saya curang, padahal dia melakukan perkara serupa.
“Disebabkan itu, Weldan juga akan mengambil tindakan undang-undang terhadap bekas isterinya,”katanya lagi.

alt

Iqbal Zulkefli hilang sabar, bekas adik ipar gelar ‘jantan babi’

Iqbal Zulkefli dalam hantaran di Instagram Story berkata, dia kini tidak boleh berdiam diri lagi akan sikap yang ditunjukkan oleh bekas adik iparnya.

alt

Artikel lain: Baru 4 bulan cerai, bekas adik ipar Iqbal Zulkefli naik pelamin lagi

Sekadar info, pasangan tersebut mendirikan rumah tangga pada 29 Februari 2021 dan dikurniakan seorang cahaya mata yang kini berusia setahun.

Sebelum ini, media melaporkan bekas adik ipar Iqbal Zulkefli mendirikan rumah tangga lagi dengan jejaka pilihan hatinya, Amirul Hakim.

: mStar (Amin Hazlan), Instagram Ahmad Iqbal Zulkefli

Ad test

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts