Menangis luah rayuan, bapa mohon keputusan Inkues berpihak kepada Adib

by Oh! Semput


3
SHARES
38
VIEWS
Posted on 24 Sep 2019 08:04:54

Tinggal tiga hari lagi keputusan inkues kematian anggota bomba dan penyelamat, Muhammad Adib bin Mohd Kassim akan diketahui. Sememangnya, sebahagian rakyat Malaysia sangat menantikan sesuatu khabar melegakan daripada keputusan tersebut.

Oleh hal yang demikian Kesatuan Bomba dan juga persatuan pesara-pesara bomba dan penyelamat Malaysia telah menyarankan agar setiap balai bomba melakukan solat hajat dan tahlil kepada allahyarham Muhammad Adib.

Hal tersebut telah di maklumkan menerusi Friend of Bomba di laman sosial Facebook rasminya sejak semalam.

alt

Menerusi laman Facebook itu juga, satu video rayuan bapa kepada Adib telah dimuat naik benar-benar menyentuh hati warganet. Luahan yang disertakan dengan linangan air mata itu merayu agar keputusan inkues tersebut berpihak kepada mereka.

Menerusi video tersebut, bapa Adib, Mohd Kassim Abdul Hamid, 64 telah mengucapkan ribuan terima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia yang tidak henti-henti mendoakan agar segala urusan inkues ini berjalan lancar.

Dia juga berharap agar keputusan yang akan diterima kelak langsung tidak ada campur tangan daripada pihak-pihak tertentu yang sengaja ingin mempolitikkan isu tersebut.

Selain itu juga, Mohd Kasssim turut memohon agar orang ramai sama-sama mendoakan dan melakukan solat hajat bagi keputusan yang akan diketahui Jumaat nanti berpihak kepada Adib.

alt

Sehubungan dengan itu, menerusi komen yang diterima di Facebook sumber, rata-rata warganet menzahirkan rasa sedih mendengar luahan bapa Allahyarham Adib.

Mereka juga turut sama berdoa agar keputusan yang akan diterima memberikan pembelaan kepada anggota bomba yang telah meninggal dunia akibat rusuhan kuil pada penghujung tahun lepas.

alt

alt

alt

: Friend of Bomba Malaysia

Komen

's

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts