Menangis teresak-esak ingat kena buli, rupanya ditinggal kawan tak solat bersama

by Oh! Semput


2
SHARES
26
VIEWS
Posted on 18 Oct 2019 10:04:36

Banyak kes buli yang berlaku dan tular di laman sosial sehingga menyebabkan kecederaan teruk bahkan ada juga yang meninggal dunia. Hampir ibu bapa pastinya berasa sangat trauma dengan kes yang telah terjadi dan mengharapkan agar perkara tersebut tidak terjadi pada anak-anak mereka.

Tular menerusi laman Twitter, video yang memaparkan seorang budak lelaki yang menangis teresak-esak setelah dijemput oleh bapanya pulang dari sekolah. Bapanya berasa khuatir jika takut anak kecilnya itu dibuli dekat sekolah, namun sangkaannya adalah salah.

Aksi adik Pael ataupun nama penuhnya Aqmal Farael ini telah mendapat hampir 14,700 ulang kicau dan 13,700 tanda suka oleh para netizen di Twitter. Pael menjelaskan bahawa dia menangis teresak-esak kerana terasa dengan kawannya yang tidak menunggunya untuk solat bersama-sama.

ayah dah risau tgk pael nangis time nak amik dia balik sekolah. ingatkan kena buli, rupanya nangis sebab kawan dia solat tak tunggu dia

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts