“Mengata Anak Orang Memang Seronok” – Dituduh Tak Reti Jaga Anak, Suliza Salam Akhirnya Respon & Balas Komen Netizen

by Oh! Semput


10
SHARES
127
VIEWS
Posted on 25 Nov 2022 06:31:49

Nama penyanyi 80an, Datin Suliza Salam, 57, terpalit dek kerana kontroversi anak lelakinya, Ismail Izzani susulan tular satu video aksi sumbangnya baru-baru ini.

Suliza turut diserang di media sosial dan dikecam ramai netizen di mana dia dituduh tidak pandai menjaga anak serta tidak menegur kesalahan Ismail apatah lagi ini bukanlah kali pertama anaknya terpalit dengan kontroversi tidak elok.

Advertisement

Difahamkan, Suliza tampi membalas komen biadap daripada netizen yang menurutnya seronok mengutuk dan melemparkan fitnah terhadap dia dan keluarganya.

Katanya, hanya Allah yang mampu memberi keampunan dan mengubah perbuatan seseorang individu, bukannya menerusi kata-kata orang lain.

Nak, kamu nanti belum tahu juga kan? Mengata anak orang memang seronok. Pengakhiran hidup siapa-siapa belum tahu. Allah Maha Pengampun. Bukan kata-kata orang yang akan ubah dia atau sesiapa tetapi Allah. Fahamkan itu ya.”

Suliza bagaimanapun berkata dia hargai segala teguran orang ramai serta mendoakan agar mereka dirahmatiNya serta dijauhi daripada segala aib dan musibah.

Terdahulu, Ismail menjadi bualan hangat di media sosial selepas tular satu video menunjukkan seorang lelaki yang didakwa dirinya berciuman dengan wanita seksi di sebuah kelab malam.

24 jam lalu

"Kesian Mak Dia Penat-Penat 'Back Up' Anak..." - Kecewa Ismail Izzani 'Kaki Kelab', Peminat Minta Bertaubat

“Mengata Anak Orang Memang Seronok” – Dituduh Tak Reti Jaga Anak, Suliza Salam Akhirnya Respon & Balas Komen Netizen first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts