Menggelupur ketika dimandikan, kerbau kesayangan ‘Mowgli Malaysia’ pula mati

by Oh! Semput


HOME Posted on 16 Sep 2020 21:06:02



Kematian kerbau-kerbau peliharaan keluarga Mowgli Malaysia, Syukor Khamis, 15, sejak minggu lepas amat mengejutkan banyak pihak. Mana tidaknya, kematian akibat wabak Hawar Berdarah ini telahp un mengakibatkan hampir 50 ekor kerbau mati.

Apa yang lebih menyedihkan, kerbau yang menjadi kesayangan Syukor juga telah mati pagi tadi iaitu Semek dan pada pukul 5 petang tadi Tongkol pula menyusul pergi.

Menerusi Harian Metro, kerbau yang dirakam gambarnya bersama Syukor oleh seorang jurugambar profesional, Yusuf Madi baru saja tular selepas memenangi gambar terbaik bulanan untuk Ogos yang dianjurkan Asian Geographic serta diumumkan pada 1 September lalu.

Syukur telah menyatakan bahawa dua kerbau kesayangan dan paling banyak berjasa kepadanya mati pada hari ini.

“Semek ditemui mati pagi tadi, Tongkol pula mati kira-kira jam 5 petang.”

“Saya sedang memandikan Tongkol sebelum ia tiba-tiba menggelupur dan mati.”

“Hanya Allah saja yang tahu perasaan saya ketika ini. Rasa sangat sedih dengan apa yang berlaku sekarang”

alt

Menerusi Instagram Yusuf Madi iaitu jurugambar yang merakamkan gambar Syukor berbaring di badan Tongkol tempoh hari, telah mencoretkan rasa sedihnya diatas kematian Tongkol.

Menurutnya, dia tidak menyangka bahawa gambar itu adalah gambar terakhir sebelum kerbau kesayangan Mowgli Malaysia mati disebabkan Hawar Berdarah petang tadi.

Dalam pada itu Yusuf turut mengakui bahawa gambar yang dirakam telah memberikan kegembiraan kepada mereka semua lebih-lebih lagi berjaya mengharumkan nama negara dengan hasil gambar yang cukup indah itu.

Di akhir coretannya, dia berharap agar keluarga Syukur dapat menghadapi dugaan ini dengan tabah dan bersabar diatas apa yang sedang berlaku kepada mereka semua.

“Semoga Adik Syukor, Pak Khamis, mirah dan keluarga sentiasa dikurniakan kekuatan dan kesabaran oleh Allah SWT. Saya mendoakan kesejahteraan buat mereka.”

: Harian Metro, Syukur Khamis, Yusuf Madi

's

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


loading...