by Oh! Semput
Pempengaruh media sosial dan penganalisis geopolitik, Ahmad Faezal menjadi perhatian apabila membalas ciapan salah seorang pengguna Threads, @amrosam4 yang merupakan rakyat di Gaza, Palestin.

Menerusi satu hantaran baru-baru ini, penduduk Gaza tersebut mengajukan beberapa soalan ringkas penuh makna mengenai solidariti dan sokongan dari masyarakat luar terhadap negara zon bergolak itu.

Pertanyaan itu dijawab secara terus oleh Ahmad Faezal, yang menyatakan beliau sedang dalam perjalanan untuk menyampaikan bantuan dan sokongan kepada mereka.
Difahamkan, kenyataan tersebut merujuk kepada usaha solidariti dan misi penghantaran bantuan kemanusiaan yang sedang digerakkan.

Artikel lain: GSF: Bukan soal gagal! Semua laluan darat, udara dan laut ada risiko – Ahmad Faezal
Terdahulu, Ahmad Faezal tampil membidas pandangan segelintir individu yang mendakwa Global Sumud Flotilla (GSF) merupakan satu pelayaran yang gagal kerana misi 1.0 tidak berjaya menyampaikan bantuan ke Palestin dan menyifatkan kritikan itu tidak disertakan alternatif yang praktikal.
Untuk makluman, peserta GSF 2.0 sudah memulakan pelayaran dari pelabuhan Barcelona menuju ke Gaza kira-kira 1 tengah hari waktu tempatan (7 malam waktu Malaysia) pada Ahad.
: Threads ahmadfaezal4