Cara Mengubah Mod Sambungan Wi-Fi "Public" Kepada "Private"

by Oh! Semput


0
SHARES
4
VIEWS
Posted on 23 Jun 2022 22:30:22

Mod sambungan Wi-Fi terbahagi kepada 2 jenis pada Windows, iaitu Public dan Private. Kepada anda yang menggunakan sambungan WiFi yang tidak dikenali adalah lebih selamat menggunakan mod Public, oleh kerana ianya akan mematikan fungsi perkongsian fail dan storan oleh pihak lain yang menggunakan sambungan WiFi yang sama.

Manakala mod sambungan Private pula adalah sebaliknya. Maka adalah penting untuk anda menyemak jenis mod sambungan terlebih dahulu sebelum meneruskan penggunaan WiFi. Berikut kami kongsikan cara untuk menyemak dan menukar mod sambungan tersebut pada PC Windows.

Kepada pengguna Windows 1o, pertama sekali klik pada ikon WiFi berikut.

dan pilih menu Properties.

Akhir sekali pada tetapan berikut, pilih mod sambungan yang anda inginkan bersesuaian denagn keperluan.

Sedikit perbezaan bagi pengguna Windows 11, pertama sekali masuk ke menu berikut.

dan seterusnya masuk ke menu properties.

Kemudian buat pilihan mod yang anda inhinkan.

Untuk makluman anda, kebiasaannya mod Private digunakan untuk memudahkan perkongsian fail menggunakan sambungan WiFi seperti sambungan PC ke Smart TV dan sebagainya.

Itulah sahaja sedikit perkongsian daripada kami kali ini, semoga bermanfaat.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Search
Panduan Borong China
Popular Posts