Meninggal Kerana Tragedi Jalan Raya, Jenazah Suami Pelakon Terkenal Dibakar-“Arwah Papa Dali Mualaf Tapi Dia Baru Belajar Agama Islam”

by Oh! Semput


13
SHARES
166
VIEWS
Posted on 22 Jul 2024 13:32:07

Tular sejak beberapa hari yang lalu mengenai kisah suami kepada pelakon Indonesia Jennifer Coopen, Yitta Dali Wassink atau lebih dikenali sebagai Papa Dali maut kerana terlibat dalam kemalangan jalan raya.

Tragedi malang itu menjadi sorotan netizen Indonesia terutamanya peminat pasangan ini di media sosial dan momen-momen terakhir Papa Dali dan Jennifer menjadi viral di sana.

Advertisement

Difahamkan, jenazah Papa Dali tidak ditanam sebaliknya dibakar dan abu mayat telah diletakkan di laut satu daerah di Indonesia oleh Jennifer sambil disaksikan ahli keluarga, kenalan dan juga ribuan peminat pasangan itu semalam.

@mycouple43

Yaya adalah mertua idaman banget? dia sayang banget sama Jeniffer ??? #fyp?? #jennifercoppen #fyp #daliwassink #fyp??viral #kamariskywassink #jennifer #papadali #kamari #reastinpace #CapCut

? Bawa Dia Kembali Mahalini ft Haikal Equino – Haikalequino

Berikutan itu, muncul tanda tanya dalam kalangan netizen mengenai upacara tersebut yang jauh bertentangan dengan hukum agama Islam dan membuatkan Jennifer tampil memberi penjelasan.

Ramai yang tanya kenapa mayat Papa Dali dibakar (cremation), saya nak semua orang menghormati keputusan keluarga. Itu adalah permintaan Papa Dali, memang dia mualaf tapi dia baru belajar agama Islam.

Sebelum ini memang dia belajar, sebelum makan baca Bismillah, masuk rumah ucap Assalamualaikum. Mungkin sebab belum belajar banyak mengenai agama Islam, jadi dia belum faham sangat agama Islam. Dan itu memang permintaan Papa Dali untuk mengkremasi dan tolong hormati dan hargai keputusannya.

Jennifer juga menafikan dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan rumah tangga mereka berantakan dan suaminya itu meninggal kerana mabuk ketika menunggang motosikal.

Aktres itu juga memaklumkan majlis tahlil ada dianjurkan oleh keluarganya namun tidak dikongsikan di media sosial.

Sekadar info, Jennifer dan Dali mendirikan rumah tangga pada Oktober 2023. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Haliza maysuri kesal suami diejek muka driver
3 days ago

Wajah Suami Dihina, Haliza Maysuri Terkilan - "Cukup Lah Mengata Dia Macam 'Driver', Penoreh Getah"

 

Meninggal Kerana Tragedi Jalan Raya, Jenazah Suami Pelakon Terkenal Dibakar-“Arwah Papa Dali Mualaf Tapi Dia Baru Belajar Agama Islam” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts