by Oh! Semput
Dapatkan berita yang paling viral setiap hari:Bantuan dihulurkan tidak perlu sehingga ribuan ringgit untuk mengukir senyuman di wajah mereka yang memerlukan. Kadang kala, hanya dengan satu tindakan kecil sudah mampu membuat kita sendiri juga tersenyum.
Menurut perkongsian netizen dari Sabah bernama Mohd Syafiq di Facebook, dia sedang makan di sebuah restoran sebelum tiba-tiba terdengar suara dari belakang menegurnya.
Sebaik menoleh, dua kanak-kanak sedang berada di belakangnya dan dia terus bertanya apa yang mereka mahukan.
Ada duit tak? Lapar…”
Kasihan dengan dua kanak-kanak yang kelihatan tidak terurus itu, Shafiq sebaliknya terus mempelawa mereka untuk duduk makan bersamanya di meja yang sama. Sambil menarik kerusi, dia memberi isyarat supaya mereka duduk untuk makan.
: FacebookMenurut Shafiq, apabila ditanya tentang umur, mereka berdua sama sekali tidak tahu menahu. Mereka kemudian memperkenalkan diri sebagai Melvin dan seorang lagi dipanggil Tutu.
Tanpa berlengah, Shafiq kemudian memanggil pekerja restoran itu untuk mengambil pesanan. Selepas bertanya, dia kemudian memesan dua nasi ayam dan air milo untuk dua kanak-kanak tersebut.
Namun apa yang diberitahu mereka kepadanya selepas itu ternyata telah menyentuh hatinya dan netizen lain yang membaca perkongsian tersebut.
Apabila ditanya di manakah ahli keluarga, Melvin menjawab,
“Abang di sana sedang cari sampah. Mama sudah meninggal. Bapa di Kota Kinabalu tinggalkan kami semasa kami tidur, bila bangun tengok bapa tiada, aku menangis.”
Siapa tak menangis kalau ditinggalkan di usia macam ni