La Liga: Menjelang El Clasico, Real Madrid Dan Barcelona Masing-Masing Tumbang

by Oh! Semput


HOME Posted on 18 Oct 2020 12:03:51



Menjelang pertembungan El Clasico pada 24 Oktober nanti, Real Madrid dan Barcelona masing-masing tumbang 0-1 kepada lawan mereka dalam aksi La Liga awala pagi tadi (waktu Malaysia).

Real Madrid tewas 0-1 kepada pendatang baru Cadiz di halaman sendiri. Manakala Barcelona mempamerkan persembahan longlai sebelum tewas dengan jaringan sama kepada tuan rumah Getafe.

Real Madrid 0-1 Cadiz

Skuad anak buah Zinedine Zidane yang dilanda kecederaan bergelut untuk memecah kubu kelab Andalusia pada sepanjang perlawanan. Ini bermakna Cadiz akhirnya mencatatkan kemenangan pertama di Estadio Alfredo Di Stefano buat kali pertama dalam sejarah kelab mereka.

Dalam rekod sejarah Cadiz, mereka hanya pernah menang menentang Real Madrid sebanyak tiga kali sahaja: 1977, 1981 dan 1991. Kesemuanya dicatat dengan jaringan 1-0 di halaman mereka sendiri.

Kemenangan terakhir Cadiz pada 1991 itu pula dilakukan ketika Alfredo Di Stefano sendiri menjadi pengurus Los Blancos.

Cadiz have won away at Real Madrid for the first time ever.

Their previous 3 wins – in 1977, 1981 and 1991 – were at home.
All of them 1-0.

The last one of them was against Real coached by Alfredo Di Stefano.

Today it's 1-0 at Estadio Alfredo Di Stefano.

— Michael Yokhin (@Yokhin) October 17, 2020

Kedua-dua pasukan aktif mencipta peluang pada separuh masa pertama. Penjaga gol Real Madrid Thibaut Courtois perlu beraksi cemerlang untuk menafikan percubaan Anthony Lozano. Seterunya di pintu gol lawan Jeremias Ledesma juga perlu melakukan perkara sama untuk menafikan Karim Benzema.

Pada masa yang sama, Real Madrid juga nampak goyah di belakang sehingga memaksa Sergio Ramos melakukan aksi ini untuk menafikan percubaan Alvaro Negredo.

Bagaimanapun kubu Madrid tembus juga pada minit ke-16 apabila Lozano memanfaatkan ruang di belakang Ramos susulan hantaran tandukan Negredo.

Zidane kemudiannya membuat empat pertukaran pemain pada rehat separuh masa pertama dengan mengeluarkan Ramos, Luka Modric, Lucas Vazquez dan Isco.

Tetapi pertukaran ini tidak membawa manfaat yang dikehendaki Zidane. Sebaliknya Negredo pula hampir menambah pendahuluan Cadiz pada minit ke-75.

Benzema hampir mencuri satu mata melalui percubaan 25 elanya. Tetapi Ledesma cekap menyelamatkan gawang golnya dengan menepis bola sehingga terkena palang.

Getafe 1-0 Barcelona

Jika Real Madrid mendominasi dan banyak mencipta peluang, Barcelona pula sebaliknya.

Disebalik dominasi 73% yang ditampilkan, hanya satu percubaan tepat dihasilkan; menyebabkan Barcelona tewas kali pertama pada musim 2020/21 kepada tuan rumah Getafe.

La Blaugrana gagal menampilkan kelinciran serangan untuk memadam gol penalti separuh masa kedua Jaime Mata.

Penalti tersebut berpunca daripada kekasaran Frenkie de Jong yang menjatuhkan Dakonam Djene pada minit ke-54.

Meskipun Lionel Messi ada mengancam melalui percubaan yang singgah ke palang pada separuh masa pertama, Barcelona gagal mencipta sebarang peluang jelas pada separuh masa kedua.

Messi dan Ansu Fati masing-masing mempunyai peluang separa pada separuh masa kedua untuk sekurang-kurangnya menyamakan kedudukan. Tetapi Getafe menampilkan persembahan defensif cemerlang untuk membawa pulang kemenangan ke atas Barcelona pertama sejak 2011.

Baca juga artikel lain yang berkaitan:

10 Tahun Di EPL, David Silva Mengaku Kekok Bermain Di La Liga

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


loading...