by Oh! Semput
Pempengaruh yang juga empunya nama dalam komen ‘tak boleh lawan Nisa Ai’ minta orang ramai untuk henti menggunakan lagi ayat tersebut.
Nisa yang merupakan seorang talent di bawah YouTuber terkenal, Alieff Irfan berkata, trend komen tersebut dilihat semakin melampau apabila ia turut ditinggalkan pada video-video yang sensitif.
“Kenapa dekat video-video yang sensitif seperti orang yang meninggal, ceramah ustaz dan video pasal Palestin? Korang macam tak ada common sense langsung,”katanya dengan nada tegas menempelak sesetengah individu.
Nisa juga mengharapkan netizen berhenti komen ‘tak boleh lawan Nisa Ai’ kerana dikhuatiri memburukkan namanya dan juga team Alieff Irfan.
Dia berkata, pada awalnya video tarian dengan lagu latar Thailand yang dimuat naik sebelum ini hanyalah sekadar hiburan. Namun, tidak menyangka ia menjadi tular di TikTok.
“Video itu trending disebabkan saya yang post. Dan saya pun tak sangka video itu boleh setrending itu.”katanya.
@nesslow_ Dunia khayalan dunia impian
Mengulas lanjut, Nisa menceritakan segalanya bermula apabila ada orang yang cuba meniru trend yang sama untuk tujuan marketing. Bermula dari situlah, ramai netizen mula meninggalkan komen ‘tak boleh lawan Nisa Ai”.
Nisa berkata, dia juga menerima teguran netizen dengan hati yang terbuka selain turut meninggalkan pesanan buat orang ramai supaya tidak mengambil kesempatan atas isu tersebut bagi menaikkan nama mereka.
@nesslow_ Harap korang semua faham