Pam Air Mentah Di Rumah Kobat Kembali Operasi, 'Bekalan Air Kuantan' Mula Pulih

by Oh! Semput


2
SHARES
29
VIEWS
Posted on 22 Sep 2022 00:31:15

 

KUANTAN - Pam air mentah di Rumah Pam Kobat sudah beroperasi selepas kerja-kerja pembaikan paip air mentah bersaiz 1,500 milimeter (mm) di Mahkota Golf & Country Club (MGCC) selesai pada jam 1.00 pagi Rabu.

Ketua Pegawai Eksekutif Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP), Saiful Zaini Mohd Bokhari berkata, sehingga jam 5.00 pagi, operasi pam dapat dijalankan untuk dihantar kepada Loji Rawatan Air (LRA) Semambu bagi diproses sebagai air terawat.

Menurutnya, tangki-tangki imbangan dan tangki simpanan dalam proses dipenuhkan untuk membina tekanan dan aliran yang baik.

"Sehubungan dengan itu, pengguna dijangka akan kembali mendapat bekalan air secara berperingkat.

"Pemulihan bekalan air adalah berbeza mengikut kawasan dan bergantung kepada jarak lokasi premis pengguna dan tekanan pada sistem agihan bekalan air membabitkan 18,250 pemegang akaun," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Sehingga kini, kawasan-kawasan telah mula pulih dan terima bekalan air adalah seperti sebahagian Jalan Bukit Setongkol, seluruh kawasan Jalan Haji Junid, Jalan Darat Makbar, Jalan Kampung Jawa, Jalan Wong Ah Jang, Taman Zurina, Sri Teruntum, Jalan Mat Kilau dan Hospital Tengku Ampuan Afzan seluruh kawasan Jalan Penjara, Pejabat MBK, Kemunting serta pasar raya Giant.

Seterusnya, di Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Jabatan Kerja Raya (JKR) Elektrik, Jalan Besar, Jalan Mahkota, Kompleks Teruntum, Kuantan Parade, Jalan Haji. Abd Aziz, dan Jalan Merdeka.

Selain itu, seluruh kawasan Jalan Bank, Masjid Negeri, Wisma Persekutuan, Ibu Pejabat Polis Kuantan, Wisma TB, Jalan Gambut, Megamall, Kuantan City Mall ECM, Jalan Tun Ismail, Lorong Jalan Hj Ahmad 1 hingga 8, Pasar Besar, Jalan Lim Hoe Lek dan seluruh kawasan Lorong Sri Kuantan 1 hingga 6, sebahagian Jalan Teluk Sisek, AC Marriot Hotel dan kawasan sekitarnya.

Artikel Berkaitan:
Dua lori tangki agih bekalan air bersih
'Belum sempat simpan air'
Pasar tani lestari, pintar di Pahang bermula tahun depan
Mengulas mengenai pembaikan paip itu, Saiful Zaini menjelaskan kerja-kerja penyambungan paip pintasan (bypass) sepanjang 130 meter telah berjaya disambung ke jajaran paip sedia ada dengan sempurna sepertimana dirancang.

"Ini adalah cabaran ini adalah besar kepada warga PAIP dan Alhamdulillah ia telah dapat dilaksanakan dengan sempurna tanggungjawab tersebut.

"Kerja-kerja pembaikan ini telah berjaya diselesaikan jauh lebih awal dan kurang dari tempoh 48 jam seperti jangkaan asal," ujar beliau.

Selain itu, Saiful Zaini memaklumkan bekalan alternatif seperti lori tangki dan tangki statik akan diteruskan di kawasan-kawasan masih terjejas sehingga semua kawasan telah pulih bekalan air sepenuhnya.

Tegasnya, Paip berusaha dalam memastikan perkhidmatan air kepada pengguna.

"Kita ingin berterima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam kerja-kerja pembaikan ini serta kerja-kerja penyediaan bekalan alternatif ketika gangguan bekalan air.

"Penghargaan khusus diberikan kepada semua syarikat operator air negeri-negeri lain, Majlis Bandaraya Kuantan, Alam Flora dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia yang telah membantu memberikan perkhidmatan lori tangki bagi tujuan bekalan alternatif ketika gangguan bekalan air," jelas beliau lagi. #sumber

http://www.pahangdaily.blogspot.com

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Search
Panduan Borong China
Popular Posts