by Oh! Semput
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan beliau akan meminta Menteri Kewangan II, Amir Hamzah Azizan menyediakan penjelasan menyeluruh berhubung peruntukan Kerajaan Persekutuan kepada negeri Pahang untuk dikemukakan kepada Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah.
Memetik laporan daripada Bernama, Anwar menyatakan Tengku Hassanal juga akan diberikan penerangan berkaitan kedudukan makroekonomi negara, tekanan ekonomi semasa serta isu pembaziran yang masih berlaku dalam pelbagai sektor.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas teguran Tengku Hassanal selepas menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN Ke-48 dan Mesyuarat-Mesyuarat Berkaitan.

Terdahulu, Tengku Mahkota Pahang ketika merasmikan Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang ke-15 dilaporkan mempersoalkan peruntukan Kerajaan Persekutuan kepada negeri itu.
: Bernama