Menteri rompak kekayaan negara? PM Anwar cabar dakwaan, minta kemuka bukti!

by Oh! Semput


6
SHARES
74
VIEWS
Posted on 18 May 2026 00:04:32

Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Anwar Ibrahim mencabar mana-mana pihak supaya mengemukakan bukti sekiranya terdapat anggota Jemaah Menteri dalam Kerajaan Madani yang didakwa mengaut kekayaan selepas memegang jawatan.

Ketika berucap pada Konvensyen PH 2026 di Persada Johor hari ini, beliau menegaskan kerajaan pimpinannya bukan seperti didakwa sesetengah pihak sebagai ‘pasukan yang merompak kekayaan negara’.

“Kita bukan pasukan yang merompak kekayaan negara. Kalau ada menteri yang mengaut kekayaan selepas pegang jawatan, tunjukkan bukti,” katanya.
alt

Kredit Foto: Fath Rizal | Pejabat Perdana Menteri

Anwar mengakui agenda reformasi yang dijanjikan masih belum sempurna dan terdapat kelemahan yang perlu diperbaiki, namun beliau menegaskan tindakan terhadap golongan elit yang terlibat rasuah sudah mula dilaksanakan walaupun berdepan risiko politik.

Menurutnya, aspek tatakelola baik terus menjadi keutamaan kerajaan dan tiada mana-mana pihak termasuk golongan berpengaruh dibenarkan menyalahgunakan kuasa untuk mengaut kekayaan rakyat.

Dalam pada itu, beliau meminta pencapaian ekonomi kerajaan diperjelaskan dengan lebih agresif kepada rakyat memandangkan banyak kejayaan negara didakwa tenggelam akibat serangan politik dan polemik semasa.

alt

Kredit Foto: Fath Rizal | Pejabat Perdana Menteri

Katanya, ekonomi negara mencatat pertumbuhan 5.4 peratus pada suku pertama tahun ini walaupun dunia berdepan ketidaktentuan global, selain mencatat tahap pelaburan asing tertinggi dalam sejarah serta kadar pengangguran dan inflasi yang rendah.

Anwar turut mempertahankan keputusan kerajaan menaikkan gaji penjawat awam selepas lebih 12 tahun tidak dibuat pelarasan besar, namun menegaskan ia perlu disertai perubahan budaya kerja serta peningkatan kecekapan perkhidmatan awam.

Beliau berkata kerajaan turut meneruskan agenda pembasmian kemiskinan serta memperkukuh sokongan kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dengan peruntukan keseluruhan berbilion ringgit melalui pelbagai saluran termasuk Bank Negara Malaysia.

alt

Kredit Foto: Fath Rizal | Pejabat Perdana Menteri 

Dalam ucapannya, beliau turut menggesa media kerajaan memainkan peranan lebih aktif dalam menjelaskan fakta sebenar berkaitan projek dan bantuan kerajaan Persekutuan, selain menolak naratif yang disifatkan mengelirukan.

Anwar turut mempertahankan beberapa dasar pendidikan dan bantuan sosial yang sering dipolitikkan, sambil menegaskan dasar pendidikan kebangsaan kekal terpelihara termasuk syarat kelulusan Bahasa Melayu dan Sejarah.

Ad test

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts