Menyamar Polis, Rogol Wanita Secara Bergilir

by Oh! Semput


6
SHARES
74
VIEWS
Posted on 22 Dec 2016 04:00:30

MIRI: Polis menahan dua lelaki yang didakwa menyamar sebagai anggota polis dan merogol seorang wanita Indonesia di sini.

Dua lelaki tersebut yang salah seorang daripada mereka adalah penjawat awam, ditahan polis pada Rabu.

Ketua Polis Miri ACP Khoo Leng Huat mengesahkan penahanan kedua-dua suspek.

“Kami sedang memburu seorang lagi suspek kerana siasatan menunjukkan tiga lelaki terlibat dalam kes itu,” katanya.

Dua suspek itu dipercayai menyamar sebagai anggota polis dan mengari seorang wanita Indonesia.

Mereka kemudiannya membawa mangsa ke sebuah rumah di bandaraya Miri di mana mereka didakwa merogol wanita tersebut.

Wanita berusia 30 tahun itu membuat laporan polis berhubung insiden tersebut yang berlaku pada Isnin.

Mangsa mendakwa dia dipaksa masuk ke dalam kereta oleh dua lelaki tersebut di luar tapak pembinaan dan mendakwa mereka akan membawanya ke balai polis.

Namun, wanita itu berkata kedua-dua suspek membawanya ke sebuah rumah sebelum merogolnya secara bergilir-gilir.

Leng Huat berkata wanita itu dimasukkan ke Hospital Miri dan kes diklasifikasikan sebagai rogol.


LIKE Kami Sekarang
Untuk Terus Mengikuti Berita Pantas

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts