Cara Merawat Mata Letih

by Oh! Semput


19
SHARES
245
VIEWS
Posted on 28 Sep 2016 11:00:32

shutterstock_294673436

Gambar : Google

Pabila mata seharian menghadap komputer di pejabat, ia boleh menyebabkan mata kelihatan letih dan sekaligus membuatkan wajah seakan tidak bermaya. Ditambah pula dengan masalah tidur yang tidak mencukupi. 

 

Jadi, di sini EH! senaraikan lima cara untuk merawat mata yang letih agar kelihatan sentiasa segar dan tiada lagi mata sembap.

 

1. Masalah mata sembap adalah disebabkan tubuh kekurangan air. Sebaiknya, minum air dengan sebanyak yang mungkin setiap hari untuk mengatasi masalah mata sembap. Ia sekaligus menjamin kulit agar kekal sihat dan cukup hidrat.

 

2. Masalah lingkaran gelap bawah mata adalah berpunca akibat tidak mendapatkan tidur yang cukup. Cuba amalkan sapuan jus lemon di sekitar bawah mata. Lakukannya dua kali setiap hari untuk hasil yang memuaskan.

 

3. Kulit kering di sekitar mata sebenarnya boleh diatasi dengan cara mengamalkan pemakanan yang sihat. Seeloknya, lebihkan sayur-sayuran dan buah-buahan kerana ia kaya dengan vitamin yang baik untuk kulit. 

 

4. Masalah eye bag boleh juga berlaku akibat posisi tidur yang sama sepanjang malam. Sebaiknya, tukar posisi tidur anda kerana graviti bumi juga boleh menarik lemak yang terkumpul membentuk kantung di bawah mata. 

 

5. Matahari adalah salah satu punca masalah kedutan di sekitar mata. Sebaiknya, gunakan krim tabir suria setiap kali sebelum keluar di bawah sinaran matahari kerana ia sedikit sebanyak melambatkan masalah penuaan yang selalunya tertumpu pada bahagian mata.

: Glam.my

's

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts