Cip Mercu Baharu MediaTek Bakal Dilancarkan Minggu Hadapan

by Oh! Semput


2
SHARES
30
VIEWS
Posted on 08 Sep 2026 07:01:00

MediaTek telah mengumumkan pelancaran cip mercu terbaharu mereka pada 15 September 2026 di China. Acara ini menjadi detik penting kerana buat pertama kali siri Dimensity akan hadir dengan pemproses berlabel “Pro” yang menandakan strategi baharu syarikat untuk menembusi pasaran cip premium. Ia bukan sahaja membawa peningkatan dari segi perkakasan malah turut disertakan dengan penambahbaikan perisian bagi pengalaman lebih menyeluruh.

MediaTek dijangka memperkenalkan Dimensity 9600 Pro melalui acara ini iaitu cip mercu yang berpotensi menjadi pemproses telefon pintar pertama berasaskan teknologi 2nm keluaran mereka. Berdasarkan maklumat awal, cip ini akan menggunakan proses N2P 2nm generasi kedua TSMC manakala versi standard Dimensity 9600 dijangka kekal dengan proses 3nm serta menawarkan peningkatan berbanding Dimensity 9500.

Cip baharu ini dikatakan mampu memberikan prestasi lebih tinggi tanpa peningkatan penggunaan kuasa malah turut mengurangkan keperluan tenaga ketika mengekalkan tahap prestasi setanding. Dengan kelebihan itu, MediaTek jelas menunjukkan usaha untuk menempatkan Dimensity 9600 Pro sebagai cip mercu yang bukan sahaja berkuasa tetapi lebih cekap tenaga di mana satu langkah penting dalam strategi mereka menembusi pasaran cip premium global.

MediaTek turut akan memberi tumpuan besar kepada segmen permua dengan peningkatan GPU berasaskan AI bagi menghasilkan paparan yang lebih realistik. Langkah ini memperlihatkan usaha berterusan MediaTek untuk mencabar dominasi Snapdragon generasi terkini yang sekian lama menjadi pilihan utama dalam telefon pintar berprestasi tinggi.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts