"Tak Tahu Niat Mereka, Mungkin ..." - Haqiem Rusli Tarik Balik Respon Panas Muzik Video Spoof Drama Band

by Oh! Semput


HOME Posted on 18 Feb 2019 07:00:11



Amri Hassan
Hiburan

Menampilkan karakter mirip Haqiem Rusli dalam muzik video terbaharu Drama Band, situasi itu mencetuskan ketegangan dalam kalangan peminat penyanyi muda itu.

Bagaimanapun, penyanyi yang popular dengan lagu Tergantung Sepi itu tampil memberikan respon berhubung isu itu.

"Bila saya tengok balik MV drama band tu, mungkin ada sebab diorg buat macam tu, kita tak tahu niat mereka.

"Sama ada ia baik atau jahat and nasihat diterima dengan hati yang terbuka.

"Nasib baik haqiem rusli dalam MV tu still pakai spec hahahaha!" tulisnya menerusi akaun Twitter.

Tambah Haqiem, seandainya muzik video lagu berjudul Drama yang kini tular di media sosial itu bertujuan untuk menasihati, dia terima seikhlasnya.

"Kalau music video itu sekadar nasihat, saya terima dengan hati yang terbuka," katanya.

Dalam pada itu, Haqiem turut menarik balik kenyataan awal berhubung muzik video itu yang disifatkan siber buli.

"By the way sorry untuk tweet saya sebelum ni yang macam “panas” sebab mula-mula tengok MV tu. Saya tarik balik," katanya.

Tulisnya terdahulu; "Mungkin dahaga, mungkin. Cyberbullies it's not good. Lagi-lagi dalam bentuk sindiran dalam muzik. Mungkin terlupa keikhlasan dalam muzik. Mungkin.

"Jauh di sudut hati aku memamg kecil hati dan sedih. Tapi aku maafkan je. Tweet ini hanya pendapat & nasihat sahaja. Always be positive ok."

Drama Band muncul dengan muzik video penuh kontroversi beberapa hari lalu yang dilihat seolah-olah menempelak isu semasa paling hangat membabitkan personaliti popular tempatan.

Selain Haqiem, peminat mengandaikan muzik video itu turut 'memerli' Nabila Razali dan beberapa bekas finalis Dewi Remaja 2018/2019.


 

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News