CEO Xbox Rasa Mereka Patut Ada Peranti ‘Handheld’

by Oh! Semput


5
SHARES
67
VIEWS
Posted on 11 Jun 2024 11:00:20

Baru-baru ini, Phil Spencer selaku CEO Microsoft Gaming dan beberapa lagi kakitangannya telah menghadiri acara siaran langsung IGN Live Day 3 di halaman YouTube IGN untuk mempertontonkan Xbox Showcase serta ditemu ramah.

Di dalam gelak ketawa Phil bersama juruacara apabila beliau dipuji tentang kejayaan Xbox di industri konsol mahupun PC, suasana itu dicelah oleh kenyataan Phil sendiri yang mengatakan Xbox patut mempunyai peranti konsol mudah alih (handheld) sama seperti pesaingnya yang lain.

Setelah diminta untuk mengulaskan lagi tentang kenyataannya itu, beliau segera ‘lari’ dari tajuk dengan menunjukkan bahawa maklumat lanjut terletak pada Sarah Bond, presiden Xbox.

“I think being able to play games locally is really important” – Phil Spencer. 

Kenyataan di atas juga diperkukuhkan lagi apabila beliau mengatakan produk Xbox akan mempunyai ciri yang lain daripada ROG Ally, Lenovo Legion Go mahupun Steam Deck.

Sebelum ini juga, Xbox telah dilaporkan oleh salah seorang pendedah maklumat, Jez Corden bahawa “projek” ini sedang diusahakan.

{suggest}

: IGN

CEO Xbox Rasa Mereka Patut Ada Peranti ‘Handheld’ WISER.MY.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts