"Meremang bulu roma saya"

by Oh! Semput


HOME Posted on 15 Mar 2019 21:00:50



"KEJADIAN itu buat bulu roma meremang kerana ia boleh berlaku kepada saya atau sesiapa saja yang saya kenal. Saya menangis apabila dapat tahu berita serangan itu,” kata Top 5 Miss Universe New Zealand berketurunan Melayu, Nurul Zuriantie Shamsul, 21, mengulas serangan tembakan rambang di masjid di Christchurch, New Zealand hari ini.

Nurul yang menetap di Hamilton di North Island kira-kira 677 kilometer dari Christchurch berkata, berikutan tragedi itu semua masjid di New Zealand diarah ditutup dan masyarakat Islam di sana dinasihatkan supaya tidak mengunjunginya buat sementara waktu.

“New Zealand terkenal sebagai negara yang selamat dan aman untuk didiami. Perkara sebegini tidak sepatutnya berlaku.

“Insiden ini membuatkan masyarakat jadi takut untuk mengamalkan agama masing-masing dan ia cukup meruntun hati saya,” kata Nurul yang sudah 16 tahun menetap bersama keluarganya di negara itu.

Harian Metro hari ini melaporkan seorang lelaki bersenjata melepaskan tembakan di masjid di Christchurch, New Zealand yang menyebabkan 40 jemaah maut dan lebih 20 cedera.

Malah, dalam satu laporan lain, seorang rakyat Malaysia turut dilaporkan cedera dalam serangan itu.

Berita berkaitan

•[UPDATE] 49 sudah terbunuh

• 'Saya hanya nak suami selamat'

• [UPDATE] Tiada rakyat kita maut setakat ini

• [UPDATE] 40 maut, lebih 20 cedera

• Azmin kutuk kejadian tembakan rambang

• Wajah pengganas

• 'Suami biasa solat di masjid itu'

• [UPDATE] Seorang rakyat kita cedera

• Periksa rakan dan ahli keluarga di Christchurch

• Tembakan dalam masjid di New Zealand

• Siar serangan secara langsung

• Peluru lintas kepala

SUMBER ASAL


Leave a Comment:

Related News


loading...